TOP 25 HAIWAN YANG PALING BERBAHAYA DI DUNIA


Haiwan yang berbahaya ini adalah haiwan yang boleh mengancam nyawa manusia sama ada mencederakan manusia sampaikan membunuh. Tidak kira haiwan tersebut besar atau kecil namun jika ia mampu mengancam nyawa manusia ia dikategorikan sebagai haiwan yang berbahaya. Berikut merupakan haiwan yang sangat berbahaya di dunia. 

25. Deathstalker (Kala Jengking)

Ini adalah sejenis kala jengking yang sangat berbahaya. Biasa dijumpai di Afrika Utara dan Timur tengah dan menyebabkan lebih 75% kematian di negara tersebut disebabkan oleh kala jengking ini setiap tahun. Orang dewasa yang disengat oleh kala jengking ini akan mengalami sakit yang tidak terhingga dan kanak-kanak yang disengat pula akan mengalami demam, koma, sawan dan lumpuh disebabkan oleh bisa pada kala jengking tersebut. 

24. Lebah Madu Afrika 

Lebah madu Arfika ini dikatakan sangat agresif dan akan mengejar mangsanya sehingga berbatu-batu jauhnya dan mempunyai sengatan yang sangat berbahaya. 

23. Badak

Kematian berkaitan dengan badak ini bukan kedian yang biasa di seluruh dunia. Badak ini mempunyai penglihatan yang mengerikan, badak juga mudah terkejut dan apabila anda berada di kawasan penglihatan badak dan mengejutkannya ia pasti akan mengejar smpai dapat dan susah untuk melarikan diri. 

22. Siput Cone

Satu titis racun dari siput cone kecil ini dikatakan mampu membunuh 20 nyawa manusia. ia juga dikenali sebagai "siput rokok" kerana selepas disengat oleh siput ini, seseorang hanya mampu menghabiskan sebatang rokok lagi sebelum meninggal dunia. Tidak kira seberapa kuat antibody pasti akan tewas dengan racun siput ini dan belum ada ubat/vaksin yang dari racun ini. 

21. Stonefish/Ikan batu

Ikan ini hanya diam di atas batu dan meniru menjadi baru untuk memangsa ikan menjadi makanannya dan mampu memangsa ikan dengan kelajuan kilat iaitu kurang dari 0.15 saat. Juga dikenali sebagai ikan yang paling beracun di dunia kerana duri-duri yang ada di badannya mampu mengancam nyawa apabila tertusuk di badan. 

20. Jerung Putih 

Salah satu ikan yang berbahaya di lautan. Ikan ini mampu memangsa manusia jika ia melihatnya. Jerung ini juga biasanya menyerang bot-bot yang dilihatnya. Namun ikan jerung putih ini sebenarnya tidak suka memakan daging manusia kerana mempunyai tulang yang keras dan apabila digigit oleh jerung ini dia akan meningkalkan jika tergigit tulang namun luka yang digigit sangat dalam dan boleh mengancam nyawa. 

19. Black Mamba/ Mamba Hitam 

Salah satu makluk yang sangat ditakuti di seluruh dunia. ia juga dikenali sebagai 'kematian yang nyata' kerana apabila dipatuk oleh ular ini pasti akan  melihat kematian. Ular ini sangat agresif, sangat cepat dan menyerang secara tiba-tiba. 

18. Cape Buffalo/ Kerbau Cape

Kerbau ini tidak pernah dijinakkan dan tidak mampu diramal kerana ia sangat berbahaya terutamanya kepada manusia. Kalau di arfika ia di kenali sebagai 'black death' kerana banyak kes kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh haiwan ini. 

17. Poison Dart Frog

Katak ini sangat berbahaya dan berbisa dan tidak boleh disentuk kerana racunnya yang mematikan terletak di permukaan kulitnya. Ia mungkin kelihatan menarik dan cantik kerana mempunyai warna yang cantik namun berhati-hati apabila memegangnya kerana racunnya mampu membahayakan nyawa. 

16. Beruang kutub

Haiwan ini juga dikategorikan sebagai haiwan yang berbahaya kerana ia tidak mempunyai rasa takut dan akan menyerang siapa sahaja yang cuba menganggunya. 

15. Box Jellyfish/Obor-obor

Obor-obor ini lebih banyak membunuh manusia di lautan berbanding jerung dan buaya air masin. Obor-obor ini juga dilabelkan sebagai haiwan yang paling berbisa di dunia. 

14. Singa Afrika

Singa Afrika ini juga berbahaya kerana mampu memangsa manusia. 

13. Boomslang

Ular jenis ini dikatakan sangat pemau dan jarang menyerang manusia. Namun apabila ia terasa terancam ia akan menyerang tanpa segan silu. Ular Bloomslang ini mempunyai racun jenis Hemotoxin yang menyebabkan darah menjadu beku. Mangsa yang dipatuk oleh ular ini akan mati secara perlahan-lahan.

12. Ikan Buntal

Ikan ini juga salah satu haiwan yang berbahaya kerana ia mempunyai racun. Racun ikan ini melumpukan diafragma dan mampu menghentikan dan mengagalkan sistem pernafasan. 

11. Hyena

Haiwan pemangsa yang juga dikatakan berbahaya. 

10. Naga komodo

Naga Komodo ini pemakan daging yang akan makan apa sahaja tidak kita itu burumh, kerbau mahupun manusia. Haiwan ini dikenali juga sebagai pemakan mayat manusia yang sudah dikuburkan. Haiwan ini biasanya akan memburu dengan senyap dan apabila terjumpa mangsanya ia akan mengigit leher dan menggancurkan leher sampai darah mangsa habis mengalir. Cuma haiwan ini cukup untuk makan sekali sahaja dalam sebulan. 

9. Tse Tse Fly

Sejenis lalat yang terdapat di Afrika. Lalat ini penghisap darah dan dikenali sebagai "penyakit tidur Afrika' mungkin disebabkan menghisap darah manusia ketika orang tidur. Lalat ini juga membunuh manusia satu per empat juta orang dalam setahun. 

8. Leopard/Harimau Bintang

Haiwan pemangsa yang sangat berbahaya juga mampu memangsa dengan laju dan susah untuk melarikan diri. Biasanya ia akan menunggu mangsa di atas dahan. 

7. Viper karpet

Sejenis ular yang berbahaya dan juga mempunyai racun jenis hemotoxin yang mematikan. 

6. Brazil Spandering Spider

Ini merupakan labah-labah yang paling berbisa di dunia dan tersenarai dalam Guinness Book of World Records.

5. Hippopotamus/Badak Air

Walaupun haiwan ini adalah haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan saja namun, mereka juga sangat agresif dan juga disenaraikan sebagai haiwan yang paling berbahaya di Afrika. Haiwan ini akan menyerang manusia secara tiba-tiba dan mampu menghancurkan sebuah kenderaan. 

4. Blue Ringed Octopus

Sejenis sotong gurita yang hanya sebesar bola golf, namun ia sangat beracun dan seekor dotong gurita ini mampu membunuh 26 orang dewasa dengan racunnya. Racun sotong gurita ini juga tidak ada penawarnya lagi. 


3. Buaya Air Masin

Buaya air masin ini sangat berbahaya dan memangsa siapa sahaja yang dilihatnya. Ia juga mampu memangsa ikan jerung. 

2. Gajah Afrika

Haiwan darat yang terbesar di dunia, Gajah ini juga boleh menjadi agresif dan boleh membunuh seekor badak dengan sekali injaknya. Gajah ini juga mampu memusnahkan seluruh kampung juka ia mengamuk. 

1. Nyamuk

Yang terakhir adalah nyamuk. Sekecil-kecilnya nyamuk ini namun sangat berbahaya kerana ia mampu menyebarkan penyakit dan sudah membunuh hampir 700 juta orang. Dalam setiap tahun  dikatakan menyebabkan 2 -3 juta orang terbunuh. 


Berikut merupakan 25 Haiwan Yang Sangat Berbahaya di Dunia.

SUMBER: list25.com














No comments

Powered by Blogger.