TOP 10 HAIWAN TERKECIL DI DUNIA


Haiwan-haiwan kecil ini memang amat sukar untuk dilihat tetapi jika anda terlihat mereka, anda pasti akan rasa kagum dengan mereka ini. Jika dilihat, sesetengah dari mereka kelihatan seperti haiwan kacukan tetapi ia tidak menunjukkan yang itu penyebabnya kecil. Mungkin kalau anda terlihat haiwan tersebut, anda pasti akan mengambilnya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana ia kelihatan sangat kecil, menarik dan comel. Berikut merupakan 10 Haiwan Terkecil di Dunia. 

10. Katak Emas

Katak emas ini begitu kecil sekali sehinggakan pada ukuran dewasanya ia hanya sebesar 9.8 milimeter(mm) sahaja. Katak ini berwarna kuning dan mempunyai bintik-bintik hitam seperti dalam gambar dan ditemui di negara Cuba. Walaubagaimanapun, haiwan ini dikatakan terancam. Jika di lihat, katak emas ini mungkin kelihatan comel tetapi ia juga berbahaya kerana ia mempunyai racun.


9. Ikan Paedocypris










Paedocypris adalah sejenis ikan yang kecil dan amat sukar untuk menemuinya. Jika anda menemuinya, anda mungkin seorang yang benasib baik. Ikan ini hanya berukuran 7.9 milimeter(mm) dan ia hampir seperti lut sinar kerana anda terus akan melihat tulangnya sahaja dan otaknya juga tidak dilindungi oleh sebarang tulang. Ikan jenis ini sebenarnya keluarga jenis ikan kap. Ikan ini hidup di kawasan air yang berasid dan air yang gelap supaya mereka sukar di jumpai dari pemangsa. 


8. Arnab Pygmy

Kalau salah pandang, mungkin banyak yang berangapan ia adalah anak arnab. Tetapi sebenarnya ia adalah ukuran dewasa arnab pygmy ini. Saiz dewasa arnab ini hanya 29 sahaja dan beratnya hanya 400 gram. Arnab ini memang kelihatan sangat comel kerana ia kecil sahaja. Terdapat juga yang salah faham bahawa arnab ini adalah tikus kerana ukurannya yang kecil. Tetapi hakikatnya ia adalah seekor arnab. 

7. Panda Cow 

Gambar tersebut adalah seekor lembu. Dikatakan sebagai panda cow kerana ia mempunyai tanda hitam dan putih seperti seekor panda. Lembu jenis ini hanya ada 24 ekor sahaja pada Januari 2011 dan wujud disebabkan oleh mutasi lembu itu sendiri. Bahagian putihnya hanya ada si kepada dan di tengah-tengah badan lembu tersebut dan mirip seperti corak panda. 

6. Fennec Fox

Musang jenis ini adalah yang paling kecil diantaranya. Musang jenis ini juga adalah yang paling tercomel kerana ukurannya yang kecil sahaja iaitu sebesar 6 inci sahaja. Musang jenis ini hidup di Afrika Utara. Selain ukurannya yang comel, muka musang ini juga sangat comel dan mempunyai telinga yang lebar dan ekor yang panjang. Musang ini mungkin sesuai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. 

5. Babi Miniatur

Ini adalah babi yang terkecil sekali diantara babi. Ukurannya hanya 16 - 20 inci sahaja. Kalau di lihat ia sangat comel kerana ukurannya yang kecil dan hidung yang besar. Banyak yang mejadikan babi ini sebagai haiwan peliharaan mereka. Yang menjadikanya lagi comel adalah bunyi 'ngok-ngok'nya yang boleh menawan hati. 

4. Tarsiah Filipina

Haiwan kecil ini berasal dari Filipina. Mereka mempunyai mata yang besar dan boleh di jumpai di dahan-dahan pokok. Mereka biasanya terjaga pada waktu malam untuk mencari makan.. Mereka mempunyai telinga kecil tetapi mempunyai sistem pendengaran yang baik dan mata yang sangat besar untuk membantu mereka melihat pada waktu malam.

3. Bee Hummingbirds

Burung kecil ini boleh dijumpai di Cuba. Burung ini dikatakan burung yang terkecil di dunia dengan ukuran hanya 5-6 cm dan beratnya kira-kira hanya 1.6-2.0 gram. Burung ini terbang dengan cepat sekali kerana badannya yang ringan. Ada juga jenis burung ini yang berwarna merah di bahagian kepala dan hitam di sekitar leher serta berwana putih di bahagian perut. 

2. Kuda Miniatur

Haiwan tersebut merupakan kuda biasa yang mempunyai saiz yang kecil dan pendek. Kuda jenis ini dikatakan hanya terdapat di Eropah sahaja. 

1. Pygmy Marmoset

Haiwan tesebut adalah sejenis monyet yang dikenali sebagai monyet terkecil di dunia. Beratnya hanyalah kir-kira 140 gram dan boleh muat di telapak tangan kerana zaiznya hanya kira-kira 6 inci sahaja. Monyet ini terdapat di hutan Amazon dan memakan seranga-seranga kecil. Walaupun monyet ini kecil sahaja ia mempunyai gigi yang tajam dan kuku yang tajam . 

Berikut merupakan 10 haiwan yang terkecil di Dunia. 


Sumber: World's Top Most.


No comments

Powered by Blogger.