METODOLOGI PENYELIDIKAN DALAM GEOGRAFI




TAJUK: SATU KAJIAN PELANCONGAN DI TANJUNG MALIM, PERAK


Pengenalan

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya. 
     Perkataan “tourism” berasal daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Ia didefinisikan sebagai suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosio budaya, ekonomi dan persekitaran (Jafari, 1977). Leiper (1981) pula menjelaskan pelancongan sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.
     Pelancongan rekreasi dipromosikan dengan gambar-gambar yang cantik dan dan dapat menarik pelancong atau masyarakat yang mahu bersantai dengan alam semula jadi. Ceballos Lascurain (1988) menyatakan ekopelancongan sebagai penjelajahan sesuatu kawasan yang mempunyai tujuan spesifik seperti pengkajian, penghayatan serta menikmati persekitaran flora dan fauna yang pelbagai spesies. Sehubungan itu, di dalam International Ecotourism Society (2012) yang ditubuhkan di Eropah, ekopelancongan didefinisikan sebagai pelancongan yang berteraskan kesedaran ekologi. Di samping itu, ekopelancongan sebagai pelancongan juga dapat menggalakkan masyarakat dan pihak tertentu bertanggungjawab serta bertindak dalam menguruskan dan merancang pembangunan dengan sempurna bagi mengekalkan keseimbangan ekologi. Ziffer (1995) menjelaskan ekopelancongan adalah merujuk kepada pendekatan yang ‘aktif’ iaitu “proses ekopelancongan yang tidak memusnahkan fauna dan sumber semula jadi serta membangunkan kawasan dan secara langsung dapat menyumbangkan faedah serta keuntungan hasil daripada penerokaan tersebut”.
     Menurut sumber sesawang Pusat Maklumat Rakyat (Jabatan Penerangan Malaysia 2012), ekopelancongan adalah “perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kepada kawasan semulajadi, untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semulajadi (termasuk sifat-sifat kebudayaan kini dan lalu), yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah seta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio-ekonomi yang positif”. Oleh yang demikian, konsep ekopelancongan yang cuba difahami oleh pengkaji dalam kajiannya merujuk kepada pelancongan yang berasaskan alam semulajadi. Konsep ini cuba melihat keupayaan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama para pelancong untuk berkunjung ke destinasi-destinasi yang dibangunkan.
    Menurut Mohamad Zaki & Johan (2006), terdapat beberapa ciri utama yang terkandung di dalam ekopelancongan, iaitu;
a) Melibatkan kawasan yang ‘bernilai’ dan istimewa seperti hidupan liar, pemandangan, warisan dan keterasingan
b) Meminimakan impak dan kerosakan kepada persekitaran tempatan dan komuniti
c) Mendidik masyarakat supaya lebih memahami dan menghargai.
d) Memaksimakan penglibatan, pengawalan dan manfaat kepada penduduk.
        Pendekatan ekopelancongan yang ada di Tanjong Malim ini disebabkan ia adalah bandar yang telah wujud sejak tahun 1922 iaitu terkenal kerana Sultan Idris Training College (SITC). Tanjong Malim berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak.Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain.



Topik: Satu kajian pelancongan di Tanjung Malim, Perak.

 Kajian literature
Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selamaindividu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksidengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan dikawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka (Mazdiah, 2012). Manakala menurut Macintosh dan Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomenadan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelanconglain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain” (Mohamad Zaki, 2010).
   Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alamsekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundangkepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaatkepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kemujudanpembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanyamenjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektorpelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan mencuburi sektor ekonomiyang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandupelancong, boatman dan dive master (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja.Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positfi kerana industri ini antara industriyang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kapada kerajaan negeri danseterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman, 2010).
    Menurut Glyptis (1991), sektor pelancongan dan sukan berkembang dalam dua ruang aktiviti yang berasingan sehingga awal tahun 1990an. Dalam tempoh 1990-1995, sebilangan besar para sarjana, pembuat keputusan dan pihak kerajaan yang terlibat dalam bidang pelancongan dan sukan seolah-olah mengabaikan potensi dan manfaat yang boleh dijana secara kolektif daripada sintesis kedua-dua bidang tersebut. Terdapat kajian yang meneliti tentang saling kebergantungan pelancongan dan sukan (Redmond, 1990; Weed dan Bull, 1997; Standeven & de Knop, 1999). Menurut Standeven & de Knop (1999), pelancongan sukan melibatkan semua bentuk penyertaan secara aktif dan pasif dalam aktiviti sukan, sama ada menyertainya secara kebetulan ataupun yang dianjurkan untuk tujuan komersial atau sebaliknya, dengan syarat ia melibatkan aktiviti perjalanan meninggalkan tempat kediaman dan lokasi bekerja yang asal (Standeven dan De Kop, 1999).
     Pelancongan adalah satu gabungan pelbagai aktiviti, perkhidmatan dan industri yang menyediakan satu pengalaman perjalanan iaitu pengangkutan, penginapan, makanan dan perusahaan minuman, kedai, hiburan, kegiatan kemudahan dan perkhidmatan hospitaliti lain yang disediakan untuk individu atau kumpulan pelancong jauh dari rumah (Goeldner dan Ritchie, 2006). Namun begitu, di dalam kajian tentang impak sukan terhadap komuniti yang menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan profesional oleh Nunn dan Rosentraub (1997), mendapati faedah yang diharapkan daripada peganjuran sukan hampir tidak dinikmati oleh penduduk tempatan. Peluang pekerjaan baru tidak dapat dijana kerana lazimnya ia dikaitkan dengan pasukan profesional khususnya pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi. Selain itu, tidak terdapat peningkatan signifikan dalam perbelanjaan minuman, makanan, sewaan bilik penginapan atau gaji pekerja yang disumbangkan oleh pasukan sukan terlibat kepada penduduk tempatan. Faedah yang dapat dikaitkan dengan sukan adalah dari aspek peningkatan rasa bangga menjadi tuan rumah, peluang untuk menikmati hiburan dan peningkatan imej masyarakatnya sahaja.

Metedologi kajian
Metedelogi kajian ini penting dalam mencapai objektif yang telah dikemukakan dan menjawab permasalahan dalam kajian.  Metedologi kajian yang telah digunakan adalah berteraskan kepada borang soal selidik. Borang soal selidik ini berjumlah sebanyak 25 buah dan telah diedarkan kepada 25 orang penduduk tempatan di dalam Tanjong Malim bagi mengisi persoalan yang dikemukakan. Kajian lapangan dan pemerhatian juga dilakukan bagi mendapatkan sejumlah maklumat untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Kajian lapangan ini dilakukan beberapa kali untuk mencari sebarang data dalam kajian lapangan. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan dengan menemu bual penduduk bagi mendapatkan  kesahihan data.


Penyataan masalah
Penyataan masalah dalam kajian ini adalah:
1.      Mengenalpasti kesan ekonomi terhadap penduduk tempatan di Tanjong Malim akibat peningkatan pelancongan.
2.      Mengkaji kesan terhadap kemudahan dan pembangunan infrastuktur.
3.      Mengkaji kesan perubahan kepada gaya hidup penduduk
4.      Mengkaji masalah yang berlaku kepada penduduk dalam peningkatan  pelancongan.

Kawasan kajian
Kawasan kajian dilakukan di Tanjung Malim iaitu  sebuah bandar di negeri Perak, Malaysia. Ia adalah kira-kira 70 km (43 batu) ke utara Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara-Selatan. Ia terletak di sempadan negeri Perak-Selangor, dengan Sungai Bernam yang dipisahkan semula jadi. Hari ini, "Tanjung Malim" biasanya merujuk kepada kawasan di bawah pentadbiran Majlis Tanjung Malim Daerah atau Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), yang termasuk bandar-bandar yang lebih kecil bersebelahan dengan bandar seperti Proton City, Behrang, Behrang 2020, Sungkai dan Slim River .
Rajah 1: Kedudukan Tanjong Malim, perak dalam peta.

     Tanjong Malim dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak.Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain .

     Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.
Rajah 2: kedudukan tanjong malim secara dekat.




Hasil kajian
Kesan ekonomi terhadap penduduk tempatan.
Kajian yang dijalankan mendapat hasil daripada kesan ekonomi terhadap penduduk tempatan ini menyebabkan wujudnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peluang pekerjaan ini wujud pada premis-premis makanan yang menyediakan makanan kepada pelancong yang datang.  Premis makanan di sini sangat popular kerana banyak yang datang terutamanya pelajar dari universiti pendidikan sultan idris. Dari sini peluang pekerjaan yang ada ditawarkan sangat banyak. Kawasan Tanjong malim ini akan dipenuhi oleh pelajar upsi itu sendiri apabila cuti pertengahan semester atau hujung minggu kerana kebanyakan pelajar memilih untuk menenangkan fikiran dengan pergi ke tempatan yang menarik bagi menenangkan diri. Salah satu tempat yang menjadi pilihan pelajar untuk berkunjung adalah tasik proton city di mana, di sana adalah kawasan pilihan pelajar untuk lepak dan tenang. Mengikut data kajian 64% yang setuju dan sangat setuju bahawa pelancongan yang wujud di Tanjong malim ini mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian berdasarkan pendapatan yang diterima.
Mendapat peluang pekerjaan
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Sangat Setuju
7
28.0
28.0
28.0
Setuju
9
36.0
36.0
64.0
Kurang Setuju
4
16.0
16.0
80.0
Tidak  Setuju
5
20.0
20.0
100.0
Total
25
100.0
100.0
Jadual 1: Mendapat peluang pekerjaan

   Kesan ekonomi terhadap penduduk di Tanjong malim akibat peningkatan pelancongan adalah penduduk tempatan mendapat peluang yang luas dalam perniagaan. Penduduk tempatan membuat perniagaan dan mampu mencapai keuntungan yang memuaskan. Antara perniagaan yang terkenal adalah premis makanan. Daripada data yang didapati 64% yang setuju dan sangat setuju bahawa penduduk mendapat peluang berniaga kepada pengunjung di tempat kunjungan atau pelancong.
       Kedatangan pelajar di Tanjong malim yang banyak setiap tahun mampu memberi peluang penduduk tempatan berniaga menjual makanan ini kerana pelajar yang datang ke upsi ini boleh dikatakan pelancong kerana mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan kesemua pelajar di pelusuk negara Malaysia yang diterima melanjutkan pelajaran di UPSI dan terdapat juga pelajar dari luar negara seperti pelajar dari negara Korea selatan, India, China, USA dan sebagainya sudah tentu untuk mengambil peluang ini bagi belajar dan mengambil kesempatan untuk melancong.
Penduduk berpeluang berniaga
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Sangat Setuju
2
8.0
8.0
8.0
Setuju
12
48.0
48.0
56.0
Kurang Setuju
8
32.0
32.0
88.0
Tidak  Setuju
2
8.0
8.0
96.0
Sangat Tidak Setuju
1
4.0
4.0
100.0
Total
25
100.0
100.0
Jadual 2: Penduduk berpeluang berniaga

Kesan terhadap infrastuktur
Kesan terhadap infrastuktur pula pelbagai pembangunan yang mula dibina kerana tanjong malim khususnya sekitar universiti pendidikan sultan idris menjadi tumpuan untuk pembinaan bangunan. Penduduk yang tinggal di sekitar Tanjong Malim mendapat peluang dalam mendapatkan bangunan yang telah dibuat oleh kerajaan . Pengenalan telah pelancongan telah membuka peluang-peluang pekerjaan baru dan meningkatkan pendapatan penduduk sekaligus merubah taraf sosioekonomi mereka. Kebanyakan penduduk mula terlibat dalam aktiviti keusahawanan pelancongan seperti membuka chalet, restoran, kedai-kedai runcit, gerai-gerai makanan dan menjual cenderamata, menyediakan perkhidmatan katering, menjalankan perkhidmatan ‘island hopping’, bekerja sebagai tukang sapu dan cuci, membawa teksi dan sebagainya. Bantuan daripada pihak kerajaan dalam aspek pemberian dana dan kemahiran mendedahkan penduduk tempatan dengan ilmu selok belok menguruskan perniagaan berteraskan pelancongan.
      Berdasarkan kepada data yang didapati 40% penduduk yang mengatakan setuju dan sangat setuju bahawa berlaku peningkatan pembangunan di Tanjong malim kesan daripada pelancongan manakala 60% mengatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa berlaku peningkatan pembangunan. Ini menunjukkan yang peningkatan pembangunan di Tanjong malim tidak begitu meningkat hasil daripada kesan pelancongan ini.
Berlaku peningkatan pembangunan
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Setuju
3
12.0
12.0
12.0
Kurang Setuju
7
28.0
28.0
40.0
Tidak  Setuju
7
28.0
28.0
68.0
Sangat Tidak Setuju
8
32.0
32.0
100.0
Total
25
100.0
100.0

Jadual 3: berlaku peningkatan pembangunan

      Tanjong Malim  yang dahulunya terpencil daripada arus pembangunan telah berubah kepada kawasan yang membangun dan ini disebabkan Tanjong Malim mempunyai intitusi pengajian tinggi (IPT)  dan juga dikenali sebagai Bandar Universiti. Kemasukan pelancong meningkatkan permintaan terhadap infrastruktur yang kini dinikmati oleh penduduk dan pelancong. Bagi data kajian terhadap peningkatan taraf jalan raya di Tanjong malim mengatakan 72% berlaku nya peningkatan taraf jalan raya. Ini disebabkan jalan raya adalah jalan penghubung yang utama bagi memberi keselesaan kepada pelancong untuk berkunjung di tempat yang menarik di Tanjong malim ini. Jadi, berlaku peningkatan jalan raya dari segi kemudahan infrastruktur.



Penaiktarafan Jalan Raya
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Setuju
12
48.0
48.0
48.0
Kurang Setuju
6
24.0
24.0
72.0
Tidak  Setuju
4
16.0
16.0
88.0
Sangat Tidak Setuju
3
12.0
12.0
100.0
Total
25
100.0
100.0

Jadual 4: penaiktarafan jalan raya

Kesan perubahan gaya hidup dan keselamatan
Kesan daripada pembangunan pelancongan ini maka wujudlah peningkatan gaya hidup kepada penduduk tempatan. Peningkatan gaya hidup ini disebabkan wujudnya pembangunan yang berlaku dan mengubah status kehidupan penduduk kepada taraf yang lebih tinggi. Pelbagai kemudahan yang telah dilakukan seperti high way dan stesen kereta api juga mampu meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Kedatangan pelancong juga mungkin mengubah budaya kehidupan seharian penduduk seperti terpaksa menguasai penguasaan bahasa Inggeris kerana kebanyakan pelancong yang datang tidak kira di bangsa atau negara lain kerana bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan pusat pelancongan adalah salah satu kerja antarabangsa.
      Berdasarkan data sebanyak 48% berlaku peningkatan hidup di Tanjong malim dan 52%yang tidak setuju bahawa berlaku peningkatan taraf hidup di tanjong malim. Ini menunjukkan yang tanjong malim masih lagi menunjukkan positif dari segi peningkatan hidup kerana peratus kepercayaan penduduk masih stabil lagi.





Berlaku peningkatan taraf hidup
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Setuju
7
28.0
28.0
28.0
Kurang Setuju
5
20.0
20.0
48.0
Tidak  Setuju
9
36.0
36.0
84.0
Sangat Tidak Setuju
4
16.0
16.0
100.0
Total
25
100.0
100.0

Jadual 5: Berlaku peningkatan taraf hidup
    Kesannya lagi adalah daripada keselamatan. Masalah keselamatan yang berlaku di sekitar bandar Tanjong Malim ini disebabkan peningkatan pelancongan tidaklah menimbulkan banyak masalah keselamatan khususnya masalah jenayah. Kes yang pernah didengar jaga seperti kes kecurian berlaku khususnya di kawasan perumahan penduduk. Hal ini, bagi menjaga keselamatan penduduk maka wujudnya balai polis di Tanjong malim bagi menjaga dan mengawal keadaan sekiranya ada masalah yang berlaku di kalangan penduduk.
     Data berdasarkan kepada keselamatan pelancong menunjukkan yang ada 36% yang setuju berlaku masalah keselamatan kepada pelancong yang berkunjung. Ini disebabkan ada segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab dalam melayani pelancong yang berkunjung. Dalam angka yang sedikit ini jangan dianggap enteng kerana mampu menjejaskan prestasi pelancongan di Tanjong malim. Walau bagaimana  pun 6 sebanyak 64% yang masih setuju yang tidak berlaku masalah keselamatan kepada pelancong yang datang berkunjung. Ini disebabkan yang pihak keselamatan seperti polis giat aktif dalam menjaga keselamatan di Tanjong malim. 




Berlaku masalah keselamatan kepada pelancong
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Sangat Setuju
2
8.0
8.0
8.0
Setuju
7
28.0
28.0
36.0
Kurang Setuju
8
32.0
32.0
68.0
Tidak  Setuju
6
24.0
24.0
92.0
Sangat Tidak Setuju
2
8.0
8.0
100.0
Total
25
100.0
100.0

Jadual 6: Berlaku masalah keselamatan kepada pelancong




Kesimpulan
Punca utama kedatangan pelancong di Tanjong malim ini adalah disebabkan ia mempunyai institusi iaitu UPSI yang menjadikannya sebagai tarikan pelancongan khususnya golongan belia di dalam negara. Selain itu, keindahan banjaran Titiwangsa yang gagah perkasa juga menjadi tarikan utama pelancong datang kerana mempunyai pemandangan yang indah dan menarik.
   Pengaruh daripada peningkatan pelancongan di daerah Tanjong Malim ini sememangnya banyak membantu penduduk tempatan untuk berkembang kerana banyak peluang yang mereka dapat khususnya dalam pendapatan ekonomi iaitu memberi penduduk tempatan peluang pekerjaan dan berniaga. Selain itu, kemajuan juga turut dirasai oleh penduduk tempatan kerana pembangunan yang berlaku mempunyai peningkatan dan kemudahan-kemudahan juga turut di rasa oleh penduduk tempatan seperti jalan raya, bas, teksi dan stesen kereta api. Oleh itu, penduduk mendapat pelbagai kebaikan dengan peningkatan pelancongan di Tanjong Malim ini.
   Berdasarkan kepada kajian ini, kes kajian pelancongan di Tanjong malim ini mampu menjadi yang terbaik kepada penduduk tempatan berdasarkan kepada hasil kajian yang memang berlaku peningkatan dari segi ekonomi kepada penduduk tempatan kepada pengunjung pelancong yang datang. Dari segi peningkatan infrastuktur  pula, tidak begitu memberansangkan peningkatannya tetapi berlaku juga peningkatan seperti jalan raya dan penginapan bagi pelancong yang berkunjung. Dari segi keselamatan pula, berlaku masalah tetapi masih dalam kawalan berdasarkan kekuatan dan keaktifan pihak bertanggungjawab di Tanjong malim.







Rujukan
Ceballos Lascurain H (1988) The future of ecotourism. Mexico Journal pp. 13-14.
Glyptis, S. A. 1991. Sport and Tourism. In C. P. Cooper (Ed.). Progress in Tourism, Recreation and Hospitality Management. London: Belhaven, 165-187.
Goeldner, C. R. & Ritchie, J. R. (2006). Tourism: Principles, Practices, Philosophies (10th ed.). New York: John Wiley & Sons.
Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainal. 2012. implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman scuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: satu tinjauan awal. GEOGRAFIA: Malaysian journal of society and space.
Jafari J (1977) Editors page. Annals of Tourism Research 5 (Spl), 6-11.
Lee Kuok Tiong dan Siri Suriani binti Othman. 2010. Pertumbuhan dan pelestarian Industry eko pelancongan: Kajian Pulau-pulau peranginan sekitar pantai timur Sabah, Malaysia. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial.
Mazdiah binti Musidi. 2012.Kajian pelancongan di Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Sains Sosial
Mohamad Zaki bin Ahmad, Johan Afendi bin Ibrahim dan Hood Mohd Salleh. 2010. Pelancongan kesihatan sebagai sumber pendapatan negara: potensi, impak dan cabaran. Negeri Sembilan; Port Dickson: persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V).
Standeven, J. & De Knop, P. 1999. Sport Tourism. Leeds. Human Kinetics.
Ziffer KA (1989) Ecotourism, the uneasy alliance. Conservation International, Washington DC.




LAMPIRAN


Descriptive Statistics
N
Minimum
Maximum
Mean
Std. Deviation
Jantina
25
1.00
2.00
1.4800
.50990
Kaum
25
1.00
4.00
2.3200
1.21518
Umur
25
1.00
4.00
2.3600
.70000
Tahap_Pendidikan
25
3.00
6.00
5.2000
1.00000
Pekerjaan
25
1.00
6.00
4.1200
2.12760
Pendapatan
25
1.00
6.00
4.0000
2.04124
Q1
25
1.00
3.00
1.8800
.52599
Q2
25
1.00
4.00
2.2400
.72342
Q3
25
1.00
3.00
2.0400
.61101
Q4
25
1.00
4.00
2.2400
.66332
Q5
25
2.00
5.00
3.0400
1.09848
Q6
25
1.00
4.00
2.6800
.85245
Q7
25
1.00
4.00
2.2800
1.10000
Q8
25
1.00
3.00
1.9200
.64031
Q9
25
1.00
5.00
2.5200
.91833
Q10
25
1.00
4.00
2.4800
.71414
Q11
25
1.00
4.00
1.9600
.97809
Q12
25
2.00
4.00
3.0400
.73485
Q13
25
2.00
5.00
3.5200
1.00499
Q14
25
2.00
5.00
3.8000
1.04083
Q15
25
1.00
4.00
2.0800
.99666
Q16
25
1.00
5.00
2.5600
.86987
Q17
25
2.00
5.00
2.9200
1.07703
Q18
25
1.00
5.00
2.5200
.91833
Q19
25
1.00
5.00
2.9600
1.09848
Q20
25
1.00
5.00
3.1600
1.02794
Q21
25
2.00
5.00
3.4000
1.08012
Q22
25
2.00
5.00
3.8000
.76376
Q23
25
1.00
5.00
4.0000
1.22474
Q24
25
1.00
2.00
1.6800
.47610
Valid N (listwise)
25


No comments

Powered by Blogger.