Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus
yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh
menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan
memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di
kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur
hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan
menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala
selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit
kepala
- Sakit
tulang belakang
- Sakit
sendi-sendi
- Loya dan
muntah-muntah
- Sakit biji
mata
- Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak
mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa
atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas
dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan
di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh
diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit
yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah
mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan
berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad
sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam
denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam
denggi :
- Memastikan
tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang
bekas yang boleh menakung air
- Pastikan
tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu
bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan
saliran atap sentiasa mengalir
- Membela
ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan
semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil
langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan
tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan
ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai
baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu
keluar rumah
- Pasangkan
ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
sumber: infosihat
Leave a Comment