ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Definisi Rokok Elektronik dan Vape?
Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti
elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik'
(eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape
adalah
- Bateri
- Atomiser
- Katrij
Kandungan utama Rokok Elektronik*
- Nikotin
- Propylene
Glycol
- Vegetable
Glycerin
- Bahan
Perisa dan pewarna
Kandungan utama Vape*
- Propylene
Glycol
- Vegetable
Glycerin
- Bahan
Perisa dan pewarna
*Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin,
namun cecair "refill" yang dijual berkemungkinan besar masih
mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok elektronik, telah
dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya yang
lain.*
Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan
- Nikotin
Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan
ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan
menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk
menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan
nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada
nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat
kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan
dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan
pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu
mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam
kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok
elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat
kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam
1ml cecair. Ini bermakna setiap botol 3 yang mengandungi 25ml cecair rokok
elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin. Nikotin serendah 2mg sudah
boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh
menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan.
Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian
- Propylene
Glycol
Propilena glikol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka
pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka
pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wieslander
et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan
penyakit asma (Choi et al 2010). Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh
menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan
akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde).
Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian
menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan
yang digunakan ketika mengewap PG. (Jensen et al , 2015)
- Glycerin
Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana
ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut
gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang
kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari
sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh
menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan
VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada
organ dalaman.
- Glycerin
Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran.
Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak
memudaratkan. Kajian in-vitro 4 yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati
cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru , otak dan
lapisan kulit. Kajian ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di
kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang
mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang
tinggi.
- Kehadiran
Logam Berat
Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika
menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik
yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E.
Stephens, 2015).
- Partikel
ultra halus
Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang
dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di
mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300 nanometer (Otmar G et al,
2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair
rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok
elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya
memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).
- "Gate
way" memulakan tabiat merokok
Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape
merupakan satu "Gateway" untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat
merokok.(Brian A et al 2015).
- Rokok
elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok
Kajian bandingan di antara penggunaan rokok
elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam
kejayaan untuk berhenti merokok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka
yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk
menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et
al, 2015). Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok
elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik
hebat kerana ianya 5 berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai
kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015).
Tambahan pula, majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual
users) dikhuatiri tidak akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka
panjang rokok elektronik masih tidak diketahui dan langkah pengawalan serta
pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan (banned).
sumber rujukan: infokesihatan
Leave a Comment