Contoh Kajian Tindakan Geografi


TAJUK KAJIAN TINDAKAN:
 PENGGUNAAN SLIDE POWER POINT DAN VIDEO UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR BAGI  TOPIK KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang diajar bagi topik keperluan pengangkutan dan perhubungan awal dengan cara menggunakan slide PowerPoint dan video dalam PdP. Seramai 28 orang pelajar Tingkatan Dua kelas Universiti Hazard (2UH), SMK Kompleks KLIA Nilai, Negeri Sembilan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal menunjukkan pelajar bosan dan mengantuk di dalam kelas semasa PdP serta tidak faham apa yang diajar oleh guru kerana tidak dapat menjawab pertanyaan guru. Selain itu, pelajar tidak juga tidak fokus dan menghiraukan apa yang diajar oleh guru. Pelajar juga tidak aktif di dalam kelas semasa melakukan aktiviti kumpulan dan tiada keyakinan diri semasa melakukan pembentangan. Bagi menangani masalah ini, pengkaji telah menggunakan slide PowerPoint dan video semasa PdP iaitu dilakukan di bilik media bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Penggunaan slide PowerPoint ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar disebabkan semua yang ada di slide pelajar boleh nampak dan baca serta penjelasan guru dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Dalam slide juga dimasukkan gambar jenis pengangkutan dan perhubungan awal bagi menampakkan pelajar gambaran yang jelas kepada pelajar kerana di era globanisasi sekarang ini sangat sukar untuk melihat jenis pengangkutan dan perhubungan ini. Selain itu juga, penggunaan video digunakan untuk menampakkan kepada pelajar dengan lebih jelas lagi tentang topik pengajaran ini. Dengan menggunakan video juga pelajar dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, meningkatkan kefahaman pelajar dan apabila disoal mampu menjawab kerana ini mampu memudahkan pelajar untuk mengingat kerana mempunyai audio dan jelas kepada pelajar. Dengan itu, pelajar dapat meningkatkan kefahaman, ingatan dan merasa seronok semasa PdP  serta ini mampu mengeratkan kemesraan antara guru dan pelajar. 



1.0 .  REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada 11 Julai hingga 4 November 2016 iaitu selama 16 minggu, saya telah menjalani tempoh latihan mengajar dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai, sekolah tersebut mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang dan saya ditetapkan menjalani latihan mengajar sebelah sesi petang. Negeri Sembilan. Selama tempoh menjalani latihan mengajar, saya telah di selia oleh pensyarah daripada Fakluti Sains Kemanusiaan iaitu (nama pensyarah pembimbing)..
     Semasa menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut, saya telah dibimbing oleh ketua Panitia Geografi sesi petang iaitu puan (nama guru pembimbing) yang juga merupakan guru geografi dan sudah mempunyai pengalaman mengajar subjek Geografi selama lebih kurang 8 tahun. Sepanjang berada di bawah bimbingan Puan Suzana binti Adenan, banyak pengajaran dan teladan yang telah saya dapat untuk membawa diri kearah kejayaan dan juga seorang pendidik yang berjiwa kuat demi mendidik anak-anak muda menjadi insan yang Berjaya dan berpendidikan.
     Bagi menjalani latihan mengajar ini saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran geografi tingkatan 2 UH, iaitu kelas yang prestasinya agak lemah dalam mata pelajaran geografi. Mengajar kelas 2UH ini pada mulanya saya sangat tertekan dan kurang selesa kerana pelajar kurang faham apa yang diajar oleh guru kerana apabila disoal pelajar tidak dapat langsung menjawabnya dan hanya sebilangan pelajar yang dapat menjawab itupun guru terpaksa bagi bayangan terhadap pelajar. Tambahan lagi, pelajar tidak memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar dalam kelas dan apa pelajar yang bermain, bercakap, bercerita dan mengantuk semasa di PdP berlangsung. Keadaan menjadi teruk apabila pelajar tidak menimbulkan minat terhadap subjek geografi dalam pelajaran kerana subjek geografi di sekolah tersebut hanya wajib diambil oleh pelajar menengah rendah sahaja dan lagi menengah atas tiada aliran kemanusian. Ini juga salah satu factor pelajar tidak minat belajar geografi.
    Setelah lebih kurang dua bulan bersama dengan kumpulan pelajar tersebut iaitu seminggu sebelum cuti penggal II sekolah  telah membuat ujian formatif II dan dari sini saya hendak menilai kefahaman pelajar dalam PdP bagi topik bab 7 hingga bab 10 yang saya ajarkan sepanjang 2 bulan tersebut. Dengan harapan saya di sini pelajar mampu lulus dalam 50% peperiksaan subjek geografi tersebut.
     Jadual 1 menunjukkan separuh daripada pelajar mendapat peratusan kurang daripada 50% dan ini menunjukkan separuh daripada pelajar gagal dalam subjek geografi yang hanya melibatkan 4 bab pelajaran dalam ujian formatif II ini. Keputusan daripada ujian ini membuat saya rasa bimbang kerana tajuk yang keluar dalam ujian tersebut adalah tajuk yang saya ajar terhadap kumpulan pelajar tersebut. Berdasarkan kepada soalan yang diberikan pun bukan sampai tahap penilaian jika dilihat berdasarkan Taksomoni Bloom dan hanya melibatkan tahap satu hingga 4 sahaja. Hasil keputusan daripada ujian ini membuat saya berasa gagal kerana ini sebenarnya juga  mencerminkan kegagalan saya sebagai seorang guru.
Jadual 1 : Prestasi pelajar dalam Ujian Formatif II
Peratus
Pelajar
0-49
15
50-69
11
70-85
2
86-100
0

     Hasil daripada maklum balas pelajar terhadap ujian tersebut mereka mengatakan yang sangat susah sehingga membuat pelajar ‘hemtam’ sahaja soalan yang sukar disebabkan bentuk soalan adalah dalam bentuk objektif padahal soalan-soalan yang dikeluarkan sudah saya ajarkan kepada pelajar. Daripada sini, saya mendapati bahawa kebanyakkan pelajar tidak minat belajar subjek geografi dan bosan kerana bagi mereka subjek geografi adalah subjek yang susah. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, pelajar kebanyakkannya tidak fokus semasa PdP, tidak tumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru sedang mengajar, kebanyakkan pelajar buat kerja sendiri dan apabila ditanya faham pelajar cakap yang mereka faham.
    Jika dilihat berdasarkan pengajaran saya dalam kelas, saya hanya selalu menggunakan srategik berpusatkan guru dimana saya hanya bercakap dihadapan, menulis di papan putih isi-isi  pengajaran yang penting dan bertanya kepada pelajar. Bagi langkah kedua pula saya selalu buat aktiviti kumpulan dan kemudiannya bentang di hadapan atau berbincang dalam kumpulan. Bagi peneguhan pula saya selalu suruh pelajar buat latihan yang ada dalam modul buku yang disediakan oleh guru asal dan kemudiaannya berbincang di dalam kelas. Dalam cara pengajaran ini selalunya membuat pelajar tidak fokus dan ada pelajar yang rasa mengantuk semasa PdP. Mungkin juga kesilapan sebagai seorang guru yang tidak menegur pelajar yang berbuat sedemikian. Daripada langkah PdP yang saya buat ini saya selalu beranggapan yang pelajar akan faham dan jelas apa yang telah saya ajarkan, maka mampu meningkatkan prestasi tingkatan 2UH ini dalam subjek geografi namun sangkaan saya jauh melencong ke kiri kerana kebanyakan pelajar tidak faham dan tidak dapat apa yang saya cuba ajar dan sampaikan kepada mereka.
      Jadi, saya sedar budaya salah-menyalah di antara satu sama lain tidak akan mendatangkan manfaat kepada sesiapa pun dan teknik pengajaran serta bahan yang sayu gunakan adalah kurang berkesan kepada kefahaman pelajar. Sesuatu usaha mesti dilakukan untuk meningkatkan profesionalisme saya dan membantu pelajar-pelajar ini untuk mengharungi cabaran yang akan datang. Berdasarkan pengalaman saya dalam projek kajian tindakan yang pernah dijalankan, saya pun bercadang untuk melaksanakan satu kajian tindakan demi membantu kumpulan pelajar ini bagi meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik keperluan pengangkutan dan perhubungan awal dan seterusnya memperbaiki kelemahan dalam pengajaran saya.


2.0 TINJAUAN LITERATURE

2.1 Penggunaan slide PowerPoint dan video dalam pembelajaran
Media adalah sebuah alat yang mempunyai fungsi menyampaikan pesan (Bovee, 1997). Media pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat pembelajaran. Pembelajaran adalah sebuah proses komunikasi antara murid, guru dan bahan ajar. Komunikasi tidak akan berjalan tanpa bantuan alat penyampai maklumat atau media.
      Media pengajaran dan pembelajaran yang baik harus memenuhi beberapa syarat. Media pembelajaran harus meningkatkan motivasi pelajar. Penggunaan media mempunyai tujuan memberikan motivasi kepada pelajar. Selain itu media juga harus merangsang murid mengingat apa yang sudah dipelajari selain memberikan rangsangan untuk belajar ilmu baru. Media yang baik juga akan mewujudkan murid yang aktif.
     Menurut Leong Mei (1998), kelebihan penggunaan komputer (PowerPoint) dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umumnya ialah:
1.      Paparan Menarik
Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.
2.      Sikap Positif
Perisian ini mempunyai ciri interaksi dengan murid secara tidak langsung dapat memotivasikan murid menjadi aktif. Ini dapat mengatasi sikap murid yang negatif dan menggalakkan murid mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran.
3.      Membantu Murid Lemah
Murid yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Murid boleh mengulang kaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar.
4.      Membantu Dalam Pemahaman
Bantu murid faham dengan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.
5.      Jangka Masa Pendek
Seorang murid berupaya memahami suatu konsep dengan kaedah pembelajaran berbantukan PowerPoint berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan PowerPoint berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar.
6.      Mutu dan Perhatian
      Penggunaan PowerPoint membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang murid. Guru mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan murid serta merancang dan menghasilkan perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap Kaedah pembelajaran berbantukan Media iaitu PowerPoint dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar murid-murid yang lemah. Menurut Jean Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kalat (1999) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Pembelajaran berbantukan PowerPoint dapat memberi peluang kepada murid belajar dan memahami konsep Sains mengikut keupayaan diri. Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan PowerPoint ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat serta seronok untuk murid. murid-muridnya.

     
3.0  ISU KEPERIHATINAN

Isu keprihatinan yang dapat dilihat sini adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh guru pengkaji. Masalah pertama yang dihadapi oleh pengkaji pada awalnya adalah guru tidak dapat menarik perhatian pelajar dalam PdP sehingga buat pelajar bosan dan tidak dapat mengikuti perkembangan pengajaran dalam kelas sehingga tamat dan akhirnya menyebabkan pelajar tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh guru. Ini disebabkan gaya pengajaran guru yang kurang berkesan kerana guru hanya menggunakan kaedah ‘talk and chalk’ di mana guru hanya mengajar dalam kelas dan tidak banyak aktiviti yang dilakukan. 
    Pada pengajaran abad 21 ini kebanyakan pelajar cepat rasa bosan sekirannya pengajaran dalam kelas hanya berpusatkan guru kerana ini tidak melibatkan komunikasi dua hala menyebabkan pelajar tidak faham apa yang telah diajar oleh guru. Sebenarnya pada pengajaran zaman ini melibatkan pelajar sekali dan pengajaran berpusatkan pelajar juga amat digalakkan kerana dengan menggunakan kaedah ini pelajar pasti bergiat aktif dalam kelas dan pastinya membuat pelajar faham apa yang disampaikan oleh guru. Ini juga salah satu masalah yang dihadapi oleh guru pengkaji kerana tidak menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Kaedah berpusatkan pelajar ini hanya membuat guru untuk membuat lebih banyak aktiviti yang menarik dan mampu memberikan pengajaran yang bertetapan pencapaian pelajaran.
     Masalah seterusnya yang dihadapi oleh guru adalah pencapaian objektif dalam PdP tidak tercapai. Ini disebabkan pelajar tidak faham sepenuhnya apa yang diajar oleh guru dalam pengajaran yang tidak mampu memberikan pelajar pengetahuan yang sepenuhnya. Dalam setiap-tiap topik yang diajar oleh guru tidak semua objektif tercapai seperti mana yang telah ditulis dalam objektif pelajaran. Ini juga masalah guru yang serius kerana hala tuju pelajaran tidak dapat dibuat dengan sepenuhnya. Salah satu puncanya adalah sebagai guru pelatih tidak dapat mengaplikasikan teori dan praktikal yang sesungguhnya semasa berada di dalam kelas sebagai mana yang telah diajar semasa di kampus.
     Seterusnya adalah masalah yang dihadapi oleh pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak dapat apa yang diajar oleh guru dan pelajar lemah dalam topik ini. Antara masalah yang dihadapi oleh guru adalah tidak faham apa yang diajar oleh guru. Ini disebabkan pelajar tidak fokus semasa PdP dan kebanyakan pelajar semasa PdP buat hal masing-masing. Berdasarkan beberapa pertanyaan yang ditanya oleh guru pengkaji berdasarkan masalah ini adalah pelajar terikut-ikut dengan masalah yang dihadapi oleh guru sebelumnya yang menggunakan kaedah yang sama. Ini disebabkan pelajar lebih suka belajar sambil bermain yang mampu membuat mereka faham dan belajar dalam keadaan yang seronok dan hanya perlu kawalan yang serius bagi guru supaya tidak mengganggu kelas lain kerana terlalu bising.
      Oleh itu, masalah yang dihadapi ini seharusnya diatasi dengan cara yang profesional bagi meningkatkan kefahaman pelajar lebih-lebih lagi bagi mengatasi masalah menarik perhatian pelajar untuk terus mengikuti perkembangan pelajaran sehingga habis kelas dan mampu memahami apa yang disampaikan oleh guru dan mampu mencapai objektif pelajaran.


4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum
Meningkatkan kefahaman dan menarik minat pelajar untuk belajar subjek Geografi bagi topik keperluan pengangkutan dan perhubungan awal dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.
4.2 Objektif Khas
5.2.1        Menyatakan cara pengangkutan dan perhubungan awal negara Malaysia.
5.2.2        Menyenaraikan keperluan pengangkutan dan perhubungan awal negara Malaysia.

5.2.3        Menghuraikan keperluan pengangkutan dan perhubungan awal di Malaysia. 


5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah Tingkatan 2 kelas Universiti Hazard atau 2UH yang berjumlah 28 orang yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. SMK Kompleks KLIA, Nilai ini mempunyai tujuh kelas bagi pelajar tingkatan dua dan tingkatan 2UH ini berada di kedudukan nombor empat jika dilihat dari segi kepandaian kelas mengikut sekolah tersebut.


6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam mengumpul data yang dikehendaki saya telah menggunakan dua kaedah pemerhatian dan ujian.
i.                    Pemerhatian
Dalam kaedah pemerhatian ini saya memerhatikan belajar dari mula hingga akhir kelas berkenaan dengan sikap, tingkah laku dan kefahaman mereka semasa berada di dalam kelas.
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
  Kelas : Tingkatan 2 UH
 Tarikh :
Bil 
Aspek
Sangat baik
Baik
Kurang baik
Sangat tidak baik
1.
Tingkah laku pelajar semasa dalam kelas.
2.
Tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran.
3.
Kerjasama pelajar dengan guru.
4.
Kemahiran pelajar bertanya dan menjawab soalan.
5.
Kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan.
6.
Tahap keyakinan pelajar.
7.
Tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran.

Jadual 2 : Borang semak yang digunakan dalam kaedah pemerhatian

Senarai semak ini digunakan untuk mengenal pasti bagaimana keadaan pelajar semasa PdP dijalankan bagi kelas 2UH. Dalam senarai semak pemerhatian ini terdapat 7 aspek yang harus diperhatikan. Perkara pertama adalah dari segi tingkah laku pelajar semasa dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Ini dapat di perhatikan berdasarkan tingkah laku pelajar seperti bermain dalam kelas, buat kerja sendiri, selalu keluar kelas, lambat masuk kelas, hormat pelajar terhadap guru dan disiplin pelajar semasa dalam kelas. Aspek yang kedua adalah tumpuan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh guru. Adakah pelajar menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar atau sekadar mendengar dan tidak tertumpu sepenuhnya.
        Selain itu, bagi aspek yang ketiga adalah kerjasama pelajar terhadap guru. Adakah pelajar mempunyai kerjasama dengan guru seperti mendengar apa yang dikatakan oleh guru seperti memadam papan tulis, tidak membuat bising dan meminta izin kepada guru sekiranya hendak keluar untuk pergi ke tandas dan sebagainya. Aspek yang keempat adalah kemahiran pelajar untuk menjawab soalan apa yang ditanyakan oleh guru dan soalan yang dikemukakan oleh guru sekiranya pelajar tidak faham. Aspek ini juga melihat adakah pelajar akan bertanya kepada guru tentang kemusykilan dan ketidakfahaman pelajar terhadap topik yang diajar oleh guru. Aspek yang kelima adalah kerjasama pelajar terhadap kumpulan. Sejauh manakah pelajar buat aktiviti dalam bentuk kumpulan dan menyumbangkan idea-idea yang baik kepada ahli kumpulan lain dan bagi melihat adakah pelajar dalam kumpuan tersebut saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
      Seterusnya adalah tahap keyakinan pelajar. Aspek ini melihat bagaimanakah tahap keyakinan pelajar semasa bercakap seperti menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan keyakinan pelajar semasa membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan serta keyakinan pelajar semasa berbincang dalam bentuk kumpulan. Akhir sekali adalah tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran yang telah diajar oleh guru. Ini adalah penentuan bagi mengetahui objektif pelajaran  tercapai atau tidak.

ii.                  Ujian
Kaedah ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah pelajar dan menguji kefahaman mereka dalam topik keperluan pengangkutan dan perhubungan awal. Ujian yang dibuat ini dilakukan dalam bentuk kumpulan dan digalakkan untuk pelajar berbincang antara satu dengan yang lain bagi memastikan pelajar yang tidak faham boleh menjawab soalan yang diberikan. Soalan yang saya berikan adalah dalam bentuk objektif iaitu 15 soalan.

6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Teknik pengajaran yang digunakan dalam tinjauan masalah ini adalah guru mengajar seperti biasa iaitu guru bermula dengan set induksi kaedah bercerita dan mengajar seperti kebiasaan iaitu bercakap dan menggunakan papan putih, guru melukis kadang-kadang dalam papan putih bagi menunjukkan pengangkutan dan alat komunikasi dahulu. Seterusnya guru meminta pelajar buat beberapa kumpulan di mana satu kumpulan ada 3 atau 4 orang pelajar dan kemudian guru bagi soalan kepada setiap pelajar dan menjawab dalam bentuk kumpulan serta digalakkan untuk berbincang. Setelah itu guru, membuat kesimpulan PdP.
I.                   Pemerhatian
Kelas : 2UH
Tarikh : 20.09.2016
Bil 
Aspek
Sangat baik
Baik
Kurang baik
Sangat tidak baik
1.
Tingkah laku pelajar semasa dalam kelas.
/
2.
Tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran.
/
3.
Kerjasama pelajar dengan guru.
/
4.
Kemahiran pelajar bertanya dan menjawab soalan.
/
5.
Kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan.
/
6.
Tahap keyakinan pelajar.
/
7.
Tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran.
/

Jadual 3: Kumpulan pelajar berdasarkan data pemerhatian
Berdasarkan kepada analisis pemerhatian bagi kumpulan sasaran pengkaji telah mengambil kira 7 aspek yang penting. Berdasarkan kepada aspek pertama iaitu tingkah laku pelajar semasa dalam kelas adalah kurang baik disebabkan kebanyakan pelajar suka bermain semasa di dalam kelas. Pelajar juga terutamanya pelajar lelaki suka buat bising di belakang kelas dan ada juga pelajar yang kerap keluar kelas dengan alasan pergi ke tandas dan mengambil masa yang agak lama untuk masuk semula ke dalam kelas. Bagi aspek kedua pula pengkaji tanda sangat tidak baik kerana pelajar pada mulanya sudah mula menimbulkan rasa tidak menumpukan perhatian kerana ini disebabkan mereka tidak meminati subjek geografi. Ada juga sebilangan pelajar yang menumpukan perhatian pada mulanya dan selepas masuk di pertengahan PdP pelajar suda mula menunjukkan rasa bosan dan mengantuk. Ada juga pelajar yang tidur semasa dalam kelas waktu PdP.
       Analisis bagi aspek kerjasama pelajar dengan guru adalah kurang baik. Ini disebabkan pelajar kurang menunjukkan kerjasama dengan guru. Sebagai contoh, apabila guru meminta pelajar untuk memadam papan putih pelajar hanya menyalahkan antara satu dengan lain untuk menunjukkan tindakan. Selain itu, bagi aspek keempat iaitu kemahiran pelajar untuk bertanya dan menjawab adalah sangat tidak baik kerana pelajar langsung tidak bertanya kepada soalan kepada guru. Pelajar juga tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan ini menyebabkan guru sendiri yang harus menjawab pertanyaannya. Bagi aspek kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan juga kurang baik kerana pelajar hanya duduk dalam kumpulan dan kurang berbincang jawapan soalan yang diberikan oleh guru. Ada juga pelajar yang hanya membuat bising dalam kumpulan dan meniru jawapan ahli kumpulan lain tanpa membincangnya terlebih dahulu.
       Seterusnya berdasarkan kepada keyakinan pelajar semasa bercakap dan berbincang dalam kumpulan juga sangat tidak baik kerana pelajar apabila ditanya oleh guru mereka hanya mendiamkan diri dan menunjukkan rasa malu mereka seperti tengok bawa dan tundukkan kepada mereka. Pelajar juga banyak mendiamkan diri semasa duduk bersama dalam kumpulan apatah lagi apabila digabungkan pelajar lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Ini sangat menunjukkan yang tahap keyakinan pelajar berada dalam tahap yang sangat lemah. Akhir sekali adalah tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran adalah kurang baik kerana pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan tidak mampu merumuskan pelajaran yang telah mereka belajar. Secara tidak langsung objektif pelajaran tidak tercapai.

II.                Ujian
Markah
Jumlah pelajar
Peratus (%)
0-5
9
32
6-10
11
39
11-15
8
29

Jadual 4:  Pencapaian ujian pelajar.
Jadual di atas adalah pencapaian ujian yang telah dijalankan kepada pelajar dalam bentuk kumpulan. Berdasarkan kepada jadual tersebut, jumlah pelajar yang mendapat markah 0-5 adalah 9 orang. Keadaan pada jumlah pelajar yang kurang mendapat markah ini begitu tidak baik kerana ujian sudah dijalankan dalam bentuk kumpulan dan masih kurang memahami pengajaran yang telah diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Pencapaian pelajar bagi golongan pelajar ini sangat tidak baik. Bagi pelajar yang mendapat markah 6-10 boleh dikatakan pelajar ini masih samar-samar lagi dalam pemahaman apa yang telah diajar oleh guru dalam kelas dan pencapaian pelajar ini sederhana baik. Bagi pelajar yang mendapat markah 11-15 ini berjumlah 8 orang atau 29% berada dalam pencapaian yang baik.


6.3 PELAKSANAAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal, strategik dan kaedah pengajaran serta teknik bahan bantu mengajar (bbm) yang saya gunakan terhadap kumpulan sasaran iaitu pelajar tingkatan 2UH ini kurang berkesan dan menyebabkan pelajar tidak faham dan ditambah lagi dengan teknik pengajaran yang kurang menarik menyulitkan lagi pelajar untuk berminat dalam pengajaran guru. Tajuk yang cuba difokuskan sini adalah topik keperluan pengangkutan dan komunikasi awal ini sedikit berkaitan dengan penggunaan kenderaan dahulu seperti kereta kuda, kereta lembu, kereta kerbau, kereta api, jalan raya tidak berturap, denai, laluan pejalan kaki, rakit, jong, tongkang dan kapal wap bagi pengangkutan darat dan air manakala bagi sistem komunikasi dahulu adalah seperti asap, gong, beduk, ketuk-ketuk, telegram dang telefon digunakan. Dengan adanya ini dalam pelajaran menyebabkan pelajar mendapat penjelasan yang sebaiknya untuk memahami isi kandungan yang sesungguhnya.
     Bagi memastikan kefahaman pelajar dalam topik ini saya telah membuat kajian tindakan yang melalui dua gelungan action research cycle berdasarkan model konsep yang dipelepori oleh Kemmmis dan McTaggard (1998). Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :
i.              Penggunaan bahan bantu mengajar slide power point dan video
ii.             penggunaan bahan bantu mengajar slide power point, video dan ‘permainan lukis dan teka’.

7.3.1 Gelung pertama

i. Pelaksanaan
Pada gelung pertama ini saya telah melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik media SMK Kompleks KLIA yang menyediakan kelengkapan mengajar seperti komputer, projektor dan layar serta kedudukan untuk pengajaran strategik berpusatkan guru dan bahan. Saya telah memulakan PdP dengan memaparkan sebuah video pendek yang berkaitan dengan tajuk PdP dalam masa 3 minit. Selepas tayangan video saya bertanya apa yang pelajar faham berdasarkan tersebut.
    Masuk kepada langkah 1 saya telah memaparkan pengajaran slide PowerPoint dengan memasukkan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pelajar. Pada langkah pertama ini saya lebih fokus kepada pengajaran sub-topik jenis-jenis pengangkutan awal dan fungsinya. Dengan mengajar menggunakan slide PowerPoint ini pelajar boleh nampak dengan  jelas gambar-gambar pengangkutan awal berbanding hanya melukis di papan tulis. Ayat yang mudah difahami pelajar juga digunakan dan penjelasan yang dilakukan oleh guru semasa mengajar juga lebih teratur kerana sudah terpapar di layar putih dan guru hanya perlu menambahkan fakta yang menarik untuk menarik perhatian pelajar.  Menurut Catur Hadi Purnomo (2011), pengajaran menggunakan slide PowerPoint adalah satu cara digunakan untuk memperkenalkan atau menjelaskan sesuatu yang dirangkum dan dikemas ke dalam beberapa slide yang menarik. Tujuannya adalah pelajar (audience) dapat memahami penjelasan dengan cemerlang melalui visual,slide teks, gambar/grafik, suara, video dan sebagainya.
       Langkah kedua, saya masih menggunakan slide PowerPoint bagi menerangkan dan menjelaskan berkenan sub topik komunikasi awal kepada pelajar. Dalam slide PowerPoint yang gunakan adalah menggunakan teks slide dan gambar bagi menampakkan pelajar bagaimana rupa bentuk komunikasi awal tersebut seperti gong, asap, ketuk-ketuk, beduk dan selepas kedatangan British menggunakan surat, telegraf dan telefon. Dengan menggunakan slide teks dan gambar penjelasan yang guru berikan menjadi lebih mudah dan menarik. Menurut  Erhans Verawati (2008), Microsoft PowerPoint  adalah alat menarik  yang diciptakan khusus untuk  perancangan pembentangan yang menarik, ringkas,  mudah dan cepat.
     Bagi langkah ketiga saya telah membuat kelas membentuk 5 buah kumpulan dan kemudiannya saya meminta sebentar  pelajar untuk berbincang sebentar dalam kumpulan berdasarkan topik yang telah diajar. Saya memberikan setiap pelajar soalan objektif yang mempunyai 20 soalan untuk mengenal pasti kefahaman mereka tentang PdP sebentar tadi. Saya juga galakkan pelajar untuk berbincang antara satu dengan lain untuk mendapatkan isi penting yang mereka tidak dapat dengan kawan lain tetapi dalam keadaan yang terkawal.
     Bagi kesimpulan, saya telah meminta 2 orang sukarelawan pelajar untuk merumuskan pelajaran. Tetapi hanya seorang saja yang berdiri dan merumuskan pelajaran dan seorang lagi guru terpaksa memilih untuk merumuskan pelajar. Rumusan yang diberikan oleh pelajar tidak secara menyeluruh juga tetapi bagus kerama sudah nampak sikit peningkatan mereka dalam topik ini.
ii. Pemerhatian
Kelas : 2UH
Tarikh : 22.09.2016
Bil 
Aspek
Sangat baik
Baik
Kurang baik
Sangat tidak baik
1.
Tingkah laku pelajar semasa dalam kelas.
/
2.
Tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran.
/
3.
Kerjasama pelajar dengan guru.
/
4.
Kemahiran pelajar bertanya dan menjawab soalan.
/
5.
Kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan.
/
6.
Tahap keyakinan pelajar.
/
7.
Tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran.
/

Jadual 5: Kumpulan pelajar berdasarkan data pemerhatian
Berdasarkan kepada jadual data pemerhatian tingkah laku pelajar sudah dalam keadaan baik kerana pelajar belajar di dalam situasi kelas yang berbeza kerana PdP masa ini dilakukan di dalam bilik media. Pelajar lebih banyak duduk di dalam kelas dan disiplin pelajar juga agak baik pelajar memang jarang dapat masuk ke dalam bilik media yang mempunyai kelengkapan pendingin udara yang bagus sekali. Bagi tumpuan pelajar juga baik kerana PdP dimulakan dengan tayangan video dan tumpuan mereka juga baik dalam pelajaran kerana pelajar suka tayangan video kerana pelajar boleh melihat dan mendengar dalam satu masa. Sepanjang pelajaran tumpuan pelajar di dalam kelas baik kerana tidak apa pelajar yang tidur walaupun ada juga pelajar yang kelihatan mengantuk sedikit.
      Seterusnya bagi kerjasama pelajar dengan guru juga baik kerana pelajar mendengar arahan guru dan tidak melawan atau kecil hati ketika ditegur. Jika pelajar membuat masalah guru akan tegur pelajar seperti mengangu kawan, cuba buat bising dan tidak menumpukan perhatian, saya menegur mereka dengan baik dan syukur pelajar langsung mendengar arahan. Walau bagaimanapun, kemahiran pelajar bertanya masih lagu kurang baik kerana hanya sebilangan pelajar yang bertanya dan bagus dia ada juga pelajar yang bertanya dan menegur kelemahan guru dalam penggunaan slide teks seperti kesalahan ejaan. Respon pelajar terhadap guru masa membuat kesimpulan juga kurang baik kerana hanya seorang yang sukarela menjawab. Tetapi boleh dianggap satu peningkatan kerana pelajar mula mengiatkan diri. Mungkin terdapat juga pelajar yang ingin menjawab tetapi masih mempunyai perasaan takut berkata-kata.
    Bagi kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan juga baik kerana selepas guru mengatakan untuk membentuk kumpulan dengan cepat pelajar membuat kumpulan sendiri seperti mana yang diarahkan oleh guru. Semasa menjawab soalan juga pelajar lebih banyak berbincang dalam kumpulan walaupun ada sebilangan pelajar yang hanya mendiamkan diri dan cuba menganggu ahli kumpulan lain. Tahap keyakinan pelajar dalam gelung pertama ini kurang baik kerana pelajar masih lagi ragu-ragu dengan idea mereka walaupun hanya sebahagian pelajar.  Akhir sekali adalah tahap kefahaman pelajar dalam topik ini dalam keadaan yang baik kerana pelajar sudah faham apa yang disampaikan oleh guru.ini disebabkan penggunaan slide PowerPoint ini mampu menampakkan pelajar gambaran isi kandungan topik dan pelajar sudah mempunyai peningkatan berdasarkan analisis pemerhatian.
iii. Pra -Ujian
Markah
Jumlah pelajar
Peratus (%)
0-5
0
0
6-10
8
28
11-15
16
57
16-20
4
15

Jadual 6:  Pencapaian pra-ujian pelajar.
Berdasarkan kepada pra ujian pelajar tersebut, dapat dilihat yang pelajar sudah mempunyai peningkatan di mana pelajar yang mendapat markah 0-5 adalah 0% disebabkan pelajar mendapat apa yang diajar oleh guru. Bagi markah 6-10 adalah dalam pencapaian yang kurang baik kerana tidak mendapat sebahagian betul dalam ujian tersebut dan jumlah peratusan yang mendapat markah tersebut adalah 28% dan berharap ada peningkatan dalam menangani masalah ini. Peratusan markah yang paling banyak adalah 11-15 iaitu 57% dalam 16 orang pelajar. Pencapaian ini baik bagi pelajar tersebut kerana sudah faham apa yang diajar oleh guru. Pencapaian yang paling bagus adalah bagi markah 16-20 walaupun hanya 4 pelajar yang mendapat markah yang tinggi dalam kelas.
      Jika dilihat dari ujian yang diberikan kepada pelajar ini, sudah menampakkan kefahaman mereka dalam topik ini. Ini disebabkan penggunaan BBM slide PowerPoint ini mampu meningkatkan tumpuan pelajar semasa belajar ditambah lagi dengan menyelitkan gambar yang jelas dibandingkan dengan hanya melukis di papan tulis yang kurang jelas. Adapun langkah-langkah pembelajaran dengan menggunakan media pembelajaran menurut Alim Sumarmo (2011) adalah sebagai berikut:
 a)       Yakinkan bahwa semua media dan peralatan telah lengkap dan siap digunakan.
b)        Jelaskan tujuan yang akan dicapai.
c)         Jelaskan lebih dahulu apa yang harus dilakukan peserta didik selama proses pembelajaran.
d)        Hindari kejadian-kejadian yang bisa mengganggu perhatian/konsentrasi dan ketenangan peserta didik.
Berdasarkan kepada penggunaan teknik ini dalam gelung pertama boleh dikatakan yang objektif pembelajaran tercapai dua daripada tiga objektif.
7.3.2 Gelung Kedua
i. Pelaksanaan
Pada gelung kedua ini, saya buat lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik media dengan menggunakan strategik berpusatkan bahan dan pelajar. Pada set induksi saya telah memaparkan lagi sebuah video pendek yang berkaitan dengan tajuk PdP disebabkan pelajar lebih gemar dan tumpuan mereka lebih baik dengan adanya tayangan video ini. Selepas video di tayangkan saya bertanya berkenaan topik yang akan diajar dan lebih banyak lagi respon pelajar berkenaan jawapan yang betul mereka kemukakan.
      Masuk pada langkah pertama, pada PdP kali ini saya menggabungkan slide  teks, gambar dan video bagi menerangkan dan memahamkan pelajar dengan terperinci. Dengan menggabungkan teks dan gambar ini berserta dengan penjelasan yang diberikan oleh guru sangat membantu belajar untuk memahami isi pengajaran dan ditambah lagi dengan video yang menggambarkan secara bergerak dan bunyi lebih menarik perhatian pelajar untuk fokus dan terus mengikuti perkembangan pelajaran. Menurut Yusup dan Alwiah (1999) telah menyatakan bahawa penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal. Melalui video, murid-murid boleh membayangkan sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan. Sharifah Alwiah (1999) juga menyatakan penggunaan video dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke peringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Antaranya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula. Oleh itu, murid-murid lemah dapat mengimbas kembali pembelajaran tersebut pada bila-bila masa sahaja.
     Pada langkah kedua pula saya melakukan aktiviti kumpulan di mana saya membahagikan kelas kepada 5 kumpulan dan pada kali ini saya telah menyediakan sebuah permainan iaitu ‘lukis dan teka’. Dalam permainan ini saya telah menyediakan 25 jenis pengangkutan awal, cara pengangkutan, tempat pengangkutan air dan darat serta jenis komunikasi awal kemudian setiap ahli kumpulan akan mencabut satu dan kemudian melukis tanpa bersuara  di papan putih dan ahli kumpulannya yang akan meneka lukisan tersebut dan sekiranya betul kumpulan tersebut akan mendapat markah. Setiap kumpulan diberi peluang 3 kali untuk meneka lukisan tersebut dan sekiranya betul kumpulan tersebut mendapat markah. Selepas tekaan betul pelajar yang melukis akan menjelaskan kepentingan benda yang dilukisnya dan sekiranya betul kumpulan tersebut juga mendapat 2 markah tambahan. Begitulah cara permainan ini bermain dan guru pada masa ini menjadi pembimbing pelajar supaya keadaan kelas semasa bermain tidak bising dan terkawal.
Kumpulan
Markah
1
15
2
13
3
13
4
11
5
14
Jadual 7 : Keputusan permainan lukis dan teka .
Berdasarkan kepada jadual, permainan yang dimainkan dimenangi oleh kumpulan satu. Kumpulan yang menang ini diberikan ganjaran oleh guru bagi menguatkan lagi semangat pelajar pada langkah seterusnya.
       Pada langkah ketiga ini, guru memberikan ujian kepada pelajar yang mempunyai 20 soalan objektif dan kali ini guru tidak membuat dalam bentuk kumpulan bagi mengenal pasti kefahaman pelajar yang sesungguhnya tentang topik ini. Sebelum memulakan ujian guru mengatakan sedikit kata-kata semangat kepada pelajar dan mengatakan pelajar yang paling tinggi akan mendapat ganjaran berupa hadiah. Ini lagi menambahkan semangat pelajar untuk menjawab ujian tersebut bagi bersaing dengan rakan sekelas perjuangannya.
     Pada kesimpulan, saya telah meminta seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk merumuskan pembelajaran dan dengan suka rela seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan berdiri dan merumuskan PdP pada waktu tersebut. Ini sangat menggembirakan  guru kerana belum meminta sesiapa yang sika rela tetapi dengan sendiri pelajar suka rela menjawab soalan tersebut.
ii. Pemerhatian
Kelas   : 2UH
Tarikh : 27.09.2016
Bil 
Aspek
Sangat baik
Baik
Kurang baik
Sangat tidak baik
1.
Tingkah laku pelajar semasa dalam kelas.
/
2.
Tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran.
/
3.
Kerjasama pelajar dengan guru.
/
4.
Kemahiran pelajar bertanya dan menjawab soalan.
/
5.
Kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan.
/
6.
Tahap keyakinan pelajar.
/
7.
Tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran.
/

Jadual 8: Kumpulan pelajar berdasarkan data pemerhatian
Berdasarkan kepada data pemerhatian bagi gelung kedua ini, saya mendapati bahawa tingkah laku pelajar semasa dalam kelas sangat baik kerana mereka tidak perlu ditegur kerana pelajar sudah tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar dan semasa dalam kelas pelajar lebih berdisiplin dan mendengar arahan dengan sangat baik. Tumpuan pelajar terhadap pelajaran juga sangat baik kerana dari set induksi hingga kesimpulan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan dalam kelas dan masa PdP juga tidak ada pelajar yang kelihatan mengantuk dan pelajar sangat suka masa tayangan video dan masa permainan ‘lukis dan teka’ menyebabkan pelajar sangat suka pada pelajaran ini.
     Kerjasama pelajar dengan guru juga sangat baik kerana pelajar senang mendengar arahan yang di katakan oleh guru dan pelajar juga menunjukkan sikap hormat kepada guru dan begitu juga dengan guru harus hormat terhadap pelajar. Kemahiran pelajar bertanya dan menjawab soalan yang dikemukakan berada pada pencapaian yang baik kerana pelajar sering bertanya kepada saya dan menjawab soalan yang mereka kemukakan. Pelajar juga baik dalam menjawab sialan yang dikemukakan ini memastikan yang mereka faham apa yang diajar dan diterangkan kepada mereka. Kerjasama pelajar dengan ahli kumpulan juga sangat baik. Pelajar saling membantu dalam menyelesaikan masalah, meneka dan menjawab permainan yang dijalankan. Dari permainan tersebut sudah dapat dilihat yang kerjasama pelajar adalah sangat baik.
     Tahap keyakinan pelajar juga dalam keadaan baik dan menunjukkan peningkatan kerana pelajar sudah mula yakin dengan diri mereka sendiri. Pelajar sudah yakin untuk tampil di hadapan dengan melukis dan mampu menjawab dengan bagus soalan yang diberikan dan pelajar juga suda yakin dalam berkata-kata di hadapan berbanding sebelumnya. Akhir sekali adalah bagi tahap kefahaman pelajar dalam topik pelajaran dalam keadaan yang sangat baik kerana pelajar mampu menjawab soalan yang diberikan dan kebanyakan pelajar cemerlang dalam ujian yang diberikan. Pelajar juga mampu membuat kesimpulan dengan baik PdP yang telah diajar oleh guru berdasarkan kepada bantuan bahan bantu mengajar dan aktiviti kumpulan yang menarik. Objektif pelajaran tercapai bagi PdP tersebut.
iii. Pasca – Ujian
Ujian
Markah
Jumlah pelajar
Peratus (%)
0-5
0
0
6-10
0
0
11-15
8
20
16-20
20
80

Jadual 9:  Pencapaian pasca-ujian pelajar.

 Berdasarkan kepada jadual ujian dapat dilihat bahawa peningkatan dan kefahaman pelajar sangat baik. Pelajar yang mendapat markah 0-5 dan 6-10 tidak ada pelajar yang mendapat dan peratusannya adalah 0%. Ini disebabkan penggunaan teknik pengajaran yang digunakan sangat berkesan berbanding kaedah yang sebelumnya yang tidak ada aktiviti kumpulan yang melibatkan permainan yang mampu membuat pelajar untuk berfikir dan berbincang antara satu dengan lain dengan lebih jelas. Menurut Hurlock (1987),  unsur-unsur bermain yang disediakan oleh guru bukan sahaja bertujuan untuk menggembirakan suasana bilik darjah malah memberi makna yang luas kepada pelajar sewaktu berinteraksi dengan suasana dan persekitarannya. Ramai pakar telah membina kurikulum pengajaran yang menggunakan pendekatan bermain untuk meningkatkan perkembangan kognitif (Bodrova & Leong, 2001,
     Bagi pelajar yang mendapat markah 11-15 sejumlah 8 orang iaitu dalam 20% dan dengan ini sudah menunjukkan pencapaian yang baik kerana pelajar mampu menjawab soalan dengan baik tanpa bantuan rakan sekelas kerana pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan kefahaman mereka dalam pengajaran yang dilakukan dengan menggunakan video dan permainan yang menarik. Apa yang paling membanggakan adalah pelajar yang mendapat markah 16-20 adalah 20 orang pelajar dan dalam 80% pelajar mendapat markah yang sangat baik ini. Daripada keputusan ini saya dapat simpulkan bahawa pelajar dapat dan faham terhadap pelajaran jika menggunakan kaedah yang betul dan menarik dan mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar dengan mudah. Oleh itu, objektif pelajaran juga tercapai dengan cemerlang sekali.

PENILAIAN

i. Pemerhatian
Rajah 1: perbandingan pemerhatian gedung satu dengan dua
Berdasarkan kepada rajah 1 iaitu perbandingan pemerhatian gedung satu dan dua kita dapat lihat dengan ketara bahawa terdapat peningkatan yang sangat baik bagi gedung kedua di bandingan dengan gedung satu. Pada gedung pertama, pencapaiannya adalah baik dan pencapaian gedung 2 adalah sangat baik. Bagi aspek dua pula gedung pertama pencapaian adalah baik manakala gedung kedua sangat baik dan aspek tiga pencapaiannya baik manakala gedung dua sangat baik. Selain itu, bagi aspek 4 gedung pertama adalah kurang baik serta gedung kedua menunjukkan peningkatan menjadi baik dan aspek 5 gedung pertama adalah baik manakala gedung kedua juga menunjukkan peningkatan menjadi sangat baik. Seterusnya gedung pertama bagi aspek 6 adalah kurang baik dan masih menunjukkan peningkatan menjadi baik pada gelung kedua. Akhir sekali adalah aspek ke tujuh bagi gelung pertama adalah baik dan tetap menunjukkan peningkatan di gelung kedua iaitu mencapai sangat baik.
      Berdasarkan kepada pencapaian pemerhatian gedung pertama dan kedua dapat disimpulkan yang menunjukkan 100% peningkatan. Ini disebabkan teknik dan kaedah pengajaran yang mampu menarik perhatian pelajar dan membuat pelajar untuk faham akan isi pengajaran yang diajar kepada pelajar. Objektif pelajaran juga tercapai dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul dalam pengajaran.
ii. Ujian
Pelajar
Ujian Pra
Ujian Akhir
1
12
17
2
11
17
3
12
19
4
18
20
5
9
15
6
12
17
7
12
18
8
11
18
9
15
17
10
17
20
11
7
15
12
16
17
13
14
17
14
8
14
15
12
18
16
17
19
17
12
18
18
8
14
19
11
18
20
12
20
21
6
13
22
13
16
23
6
14
24
14
18
25
8
15
26
12
20
27
15
19
28
7
14

Jadual 9: Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian akhir.
Berdasarkan Jadual 9 , analisis data menunjukkan bahawa semua pelajar telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian akhir berbanding dengan ujian pra. Hasil kajian ini menunjukkan program yang diadakan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik keperluan pengangkutan dan komunikasi awal.

Rajah 2: Graf garis menunjukkan perbezaan ujian pra dengan akhir
      Berdasarkan graf garis di atas, analisis data jelas menunjukkan bahawa semua (100%) pelajar telah menunjukkan kemajuan dalam ujian akhir berbanding dengan ujian pra. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh yang demikian, saya dapat menyimpulkan bahawa Kaedah ini berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam topik keperluan pengangkutan dan komunikasi awal.

Pencapaian
Ujian Pra
Ujian Akhir
Sangat baik
4
20
Baik
16
8
Kurang baik
8
0
Sangat tidak baik
0
0
Jadual  10 : Prestasi pelajar mengikut pencapaian.

Rajah 3: Graf bar prestasi pelajar mengikut penacapaian.

Berdasarkan Jadual 10 dan graf di atas, analisis data menunjukkan bahawa pada ujian pra pelajar yang kurang baik adalah 8 orang, pelajar yang baik adalah 16 dan sangat baik hanya 4 orang manakala masuk pada ujian akhir pelajar yang kurang baik tiada, pelajar yang baik ada 8 orang dan pelajar yang mendapat pencapaian sangat baik bagi ujian akhir ada 20 orang pelajar. Jadi , hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian pelajar.


7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA      

Kajian tindakan seterusnya yang akan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu meningkatkan tahap keyakinan pelajar. Ini disebabkan kebanyakan pelajar yang saya hadapi adalah pelajar yang mempunyai tahap keyakinan dengan diri sendiri yang kurang di mana pelajar tidak percaya dengan kelebihan mereka dan pelajar sering rasa merendah diri jadi keyakinan diri mereka tidak menonjol dengan baik. Kaedah yang cuba saya gunakan adalah kaedah permainan kerana pelajar lebih cepat belajar dengan menggunakan kaedah permainan dan ia lebih menyeronokkan di samping belajar benda yang baharu.  









No comments

Powered by Blogger.