Jenis Falsafah Pendidikan


FALSAFAH PENDIDIKAN

1. ESENSIALISME
Esensialisme telah dibentuk oleh Willian C. Bagley yang menjadi amalan di kebanyakkan negara terutamanya di AmerikaSyarikat. Esensialisme memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah, membezakan antara program sekolah yang dianggap penting dan kurang penting, dan membentuk semula autoriti guru dalam bilik darjah.
     Esensialisme berusaha untuk mengekalkan tradisi dan tamadun sesebuah masyarakat di samping menggalakkan erkembangan intelektual. Mereka menyatakan elemen yang diperlukan dalam pendidikan boleh didapati daripada pengetahuan semasa dan juga pengetahuan masa lampau. Pembentukan kurikulum perlu mengambil kira perkara yang dianggap penting dan diperlukan. Nilai masyarakat diajar sepanjang masa persekolahan. Bagi mereka, inisiatif dalam pendidikan terletak pada bahu guru dan bukan pelajar. Mereka mengesyorkan supaya pelajar perlu berdisiplin sekiranya hendak maju dalam pendidikan. Ini kerana pelajar mungkin berhadapan dengan perkara yang membosankan dan tidak diminati. Keadaan ini memerlukan mereka tabah, konsisten dan bersungguh-sungguh untuk menguasai perkara yang dipelajari itu.

2. PERENIALISME
Perelialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan. Mereka berpendapat bahawa prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang. Pendidikan bertujuan untuk mendisiplinkan akal pelajar supaya mereka berpeluang menjadi manusia yang rasional. Bagi golongan ini, kebenaran adalah tetap dan ia adalah sama di mana-mana. Oleh itu, pendidikan mestilah sama di seluruh dunia. Matlamat pendidikan ialah untuk mengasimilasi pelajar dengan kebenaran. Perelialis mempercayai pendidikan berpotensi kepada pelajar yang pandai sahaja dan pelajar yang lemah perlu diberi latihan vokasional. Bagi mereka, pendidikan bukanlah penghidupan dan persediaan untuk penghidupan. Perelialisme mencadangkan supaya pelajar mengamati dan mengkaji hasil karya orang ternama dalam pelbagai bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains untuk mendisiplinkan akal mereka. Perkara-perkara pentingyang dilahirkan ada masa silam amat berguna untuk kesejahteraan diri.

3. PROGRESEVISME
Progresevisme  telah diasaskan oleh John Dewey di Amarika Syarikat. Falsafah pendidikan ini menentang autotarianisme. Mereka bersetuju bahawa pengalaman manusia adalah asas kepada pengetahuan manusia. Golongan ini, beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Pengetahuan adalah tentatif yang sesuai dengan realiti semasa dan tidak dianggap benar untuk selama-lamanya. Guru adalah pembimbing yang dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka. Pengajaran dan pembelajaran harusberpusatkan pelajar. Mereka bebas memilih perkara yang ingin dipelajari dan melalui cara yang mereka minati. Falsafah golongan ini agak ketara ialah kehidupan manusia perlu sentiasa diperbaiki. Pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan seperti yang dicadangkan oleh perenialis.

4. REKONSTRUKSIONISME
Rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan pembaharuan. Golongan yang bermazhabkan falsafah ini berpendapat bahawa nilai adalah hasil ciptaan manusia dan relatif mengikut kepercayaan, masa dan tempat. Bagi mereka pengalaman manusia menimbulkan nilai asas. Golongan ini memberi lebih perhatian kepada matlamat. Rekonstruksionisme menentang pandangan progresivis yang terlalu memberi tumpuan pendidikan berpusatkan pelajar. Bagi mereka, pendidikan haruslah tertumpu kepada pembentukan semula masyarakat. Mereka mengatakan bahawa sekolah berperanan membantu pelajar menilai institusi mesyarakat untuk menentukan perubahan dan pembaharuan yang perlu dibuat. ini baik untuk memaksimumkan keupayaan dan perkembangan individu dalam masyarakat.

5. EKSESTENSIALISME
Eksestensialisme bertitik tolak daripada kewujudan manusia. Golongan yang berfokuskan falsafah kumpulan ini mempercayai bahawa manusia dilahirkan ke dunia untuk membentuk diri sendiri. Mereka bertanggunjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah kehidupannya. Kita harus menghormati kebebasan individu.

6. PENDIDIKAN FALSAFAH ISLAM
Pendidikan falsafah Islam ini ialah penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini. Manusia tunduk dan patuh kepada perintah Tuhannya, sesuai dengan statusnya sebagai hamba Tuhan. Oleh sebab manusia memiliki kelemahan sendiri, maka mereka memerlukan pertolongan dan bimbingan Tuhan. Namun, mereka sendiri perlu berusaha memperbaiki diri sendiri. Sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman adalah proses pendidikan Islam. Hal ini menekankan keesaan Tuhan. Kepercayaan kepada pesuruh Tuhan, kepercayaan kepada wahyu Tuhan. mempercayai kehidupan sesudah mati dan sebagainya.
     Manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara mereka umat Islam adalah dituntut. Pendidikan berfokuskan kepada usaha mewujudkan perkembangan seimbang dalam diri individu dengan nilai keislaman. Kesan daripada pendidikan Islam seperti ini akan mempamerkan individu yang teguh, beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi, dan mengamalkan soleh. Keadaan ini pasti dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang yang penuh dengan harmoni, hormat-menghormati dan bertanggungjawab dan boleh bekerjasa antara satu dengan yang lain. Pendidikan dalam Islam tidak hanya menekankan pengetahuan dan aspek fizikal manusia yang lain, tetapi juga mengambil berat tentang elemen-elemen kerohanian. Pembinaan minda dan otak sahaja tidak memadai sekirannya aspek kerohanian diketepikan. Dengan skop yang lebih luas ini, pendidikan Islam mampu melahirkan individu yang menyeluruh dan seimbanguntuk menghadapi hidup dalam masyarakat manusia yang harmoni. Mereka akan berjaya, sama ada di dunia dan akhirat.

sumber: Pedagogi asas pendidikan


No comments

Powered by Blogger.