Main Tapuk-Tapuk


Main tapuk-tapuk adalah suatu permainan yang popular pada zaman kanak-kanak dulu. Biasanya permainan ini memerlukan dua pemain atau lebih. Salah satu pemain adalah orang yang mencari dan yang lain pigi tapuk la. Biasa yang mencari ini dianggap hantu. Untuk mencari yang jadi hantu harus choose bilang tu yang kebiasaan orang cakap 'osom'.

Masa main tu, yang paling tidak kena suka adalah yang jadi hantu kerana itu yang mencari. Selepas dapat siapa yang jadi hantu, si hantu akan tutup mata dan buat kira sampai sepuluh dan yang tapuk tu terus lari cari tempat sembunyi yang paling susah di cari dalam masa kiraan sepuluh.  Kalau main dua orang saja lepas jumpa dia dia la jadi hantu. Tapi kalau main lebih dari dua orang siapa yang paling kana jumpa dia la jadi hantu.

Biasa masa main ni ibubapa selalu marah kalau main masa gelap sudah, selalu dorang cakap 'nanti hantu yang kasi tapuk bilang, terus tidak pernah dijumpai lagi sebab kana makan suda hantu bilang' ini yang orang tapuk la.

Kalau yang mencari pula yang jadi hantu selalu kana cakap yang da hantu betul-betul menyamar orang lain dan kalau kita jumpa dia terus tu hantu kasi makan dia bilang.

Tetapi semua itu hanya bikin kasi takut budak-budak saja. Sebab bahaya juga kalau gelap sudah masih lagi main sebab takut sesat, terpijak benda tajam ka, kana gigit serangga berbisa atau kana patuk ular sebab gelap sudah kan tidak boleh nampak dengan jelas sudah. Atau banyak kemungkinan yang negatif la yang berlaku.

Contoh Situasi:





No comments

Powered by Blogger.