TIPS TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2018


Perkara-perkara yang harus dilakukan untuk mengikuti temuduga ini adalah:


1. Dokumen

Dokumen mestilah lengkap kerana ia sangat penting sebab sekiranya salah satu dokumen penting yang tidak dibawa semasa temuduga akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin akan dihalang untuk mengikuti temuduga tersebut. Pengalaman yang pernah berlaku semasa temuduga ini seseorang yang tidak terbawa sijil SPM originalnya dikecualikan untuk mengikuti temuduga sebab pegawai pendaftaran temuduga mengatakan "bagaimana nak jadi pendidik kalau satu benda penting pun tidak boleh bawa", macam itu la.

Dokumen yang perlu dibawa adalah :


BIL

PERKARA
1.
2.
3.
4.


5.
6.
7.
8.
9. 
10.


11


12.
13.
14.
Slip Panggilan Temuduga
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil Peperiksaan
            i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
            ii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
MUET
Pengiktirafan Kelayakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Transkrip Akademik
Transkrip Aktiviti Kokurikulum UPSI
Sijil Dekan
Sijil Kokurikulum Universiti
            i. Sijil Penghargaan
            ii. Sijil Penyertaan
Sijil Kokurikulum Sekolah Menengah
            i. Sijil Penghargaan
            ii. Sijil Penyertaan
Sijil Tawaran Masuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil Tamat Pengajian
  Degree scroll kepada yang sudah konvo berada di no 6.


Masukkan dalam fail dan digalakkan untuk membuat isi kandungan di lembaran pertama fail bagi memudahkan penemuduga untuk mengenalpasti dokumen tersebut. Pastikan dokumen tersebut disusun mengikut urutan dengan teratur dan amat digalakkan menggunakan fail hitam kerana ia sesuai untuk urusan formal. 

Dokumen yang perlu difotostat pula ialah: 



Susunan salinan dokumen yang perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A.

1. Kad Pengenalan
2. Sijil Kelahiran
3. sijil SPM
4. Sijil STPM/Diploma
5. Degree Scroll
6. Transkrip Akademik
7. Surat Pengiktirafan JPA
8. Surat Tawaran Universiti
9. Sijil Tamat Pengajian
10. 3 sijil kokurikulum tertinggi dari sekolah menengah hingga Universiti (tidak perlu sah)

+ Sediakan juga gambar berukuran passport terbaru.
+ Sediakan juga senarai semak temuduga

Semua salinan ini dikumpul dan akan diserahkan kepada pegawai pendaftaran. Untuk berjaga-jaga buat dua salinan untuk dokumen ini. 





2. Pakaian 

Pakaian perempuan : Berbaju kurung ( warna baju tidak melebihi 3 warna dan elakkan corak besar seperti bunga besar, tidak ketat atau menonjol ), stokin (terpulang warna) tudung bawal dan plain (seeloknya berwarna sedondon dengan baju kurung dan elakkan memakai tudung lilit yang keterlaluan), bagi yang free hair, seeloknya sanggul rambut anda dengan kemas.

Pakaian lelaki : Berkemeja lengan panjang (cerah), seluar slack (gelap), tali leher (merah), stokin (sama warna dengan tali pinggang) , rambut dan janggut hendaklah kemas.

Pemakaian blazer : Berwarna gelap, berbutang tiga (lelaki), berbutang dua (perempuan), tiga poket di hadapan baju (lelaki), dua poket di hadapan baju (perempuan). Amat digalakkan memakai blazer bagi menunjukkan diri lebih profesional.

Pemakaian kasut : Kasut jenis kulit gelap dan bertumit (lelaki), kasut bertutup penuh di hadapan dan bertumit sedikit serta gelap (perempuan).

Pemakaian aksesori dan make up muka seperti jam dibenarkan serta pemakaian barang kemas dan minyak wangi serta make up yang sederhana.

Saiz name tag : Berukuran 7.5cm x 2.5cm, huruf berwarna putih dan berlatar belakangkan warna hitam. Dipakai pada dada sebelah kiri baju.



3.  Soalan temuduga yang perlu bersedia

CONTOH SOALAN TOPIK TEMUDUGA
Bil.
Soalan
Contoh Soalan
1.
Profil Malaysia
·         Sistem Pemerintahan Malaysia
·         Majlis Raja-Raja
·         Senarai Rukun Negara
·         Jata Negara
·         Bendera Malaysia
·         Lagu Kebangsaan

2.

Dasar-Dasar Kerajaan

·         Wawasan 2020
·         GST
·         KPI
·         1 Malaysia
·         BR1M
·         NKRA

3.

Pengetahuan Isu
Semasa Berkaitan Pendidikan dan
 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia

·         Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
·         Pelan Strategik Interim KPM
·         1 Murid 1 Sukan
·         Kurikulum Kebangsaan
·         Kurikulum Standard Sekolah Menengah
·         Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·         Sistem Pendidikan
·         Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

4.

Senario

·         Tindakan guru terhadap kes buli
·         Pendekatan terhadap murid yang malas
·         Pelajar bermasalah dibuang sekolah
·         Guru dan murid tidak seimbang berdasarkan FSK (JERI)
·         Pelajar lemah daya ingatan
·         Pelajar tidak minat membaca

5.

Komunikasi dan Kemahiran Berfikir

·         Hari guru
·         Ciri-ciri organisasi yang mengamalkan kerjasama
·         Fungsi PIBG
·         Strategik memupuk minat membaca pelajar
·         Peningkatan profesionalisme guru
·         Pendidikan berterusan
·         Menangani stress
·         Impak laman sosial

 Semua yang berkaitan dengan ini harus menguasai atau sekurang-kurangnya tahu serba sedikit bagi mengelakkan tidak dapat menjawab semasa temuduga nanti.






4.  Contoh soalan yang diberikan semasa temuduga.

SESI 1 (Penemuduga 1)
Perkenalkan diri dahulu (nama, umur, major, minor, dimana tempat praktikal, apa yang dibuat sekarang).
Saya ditanya apakah anda meneruskan bekerja sebagai menoreh getah sekiranya tidak dapat pekerjaan ini?, setelah saya cakap yang saya sekarang menoreh getah.
Terangkan apa yang ada faham berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Bagaimana menghasilkan guru dan pelajar yang seimbang berdasarkan FPK?
Apa yang akan terjadi sekiranya guru dan pelajar tidak seimbang berdasarkan FPK?
Adakah masih wujud guru dan pelajar yang tidak seimbang ini sekarang?
Apakah yang akan terjadi kepada pelajar selepas tamat sekolah sekiranya dia seorang yang bijak tetapi tidak seimbang berdasarkan FPK ini? 
Apakah yang ada faham tentang Keluhuran Perlembagaan? (Rukun Negara)
Cara menerapkan Keluhuran Perlembagaan ini dalam mata pelajaran (Geografi) anda semasa PDPc.




SESI 2 (Penemuduga 2)

Apakah yang anda faham tentang pembelajaran abad ke 21?
Bagaimana cara mengajar berdasarkan pembelajaran abad ke 21 ini?
Bagaimana cara mengajar pelajar sekolah menengah yang tidak pandai membaca dan tidak faham apa yang dibaca pada abad ini?
Apa itu refleksi pembelajaran? (berdasarkan RPH)
Apakah  kepentingan refleksi selepas PDPc?
Ceritakan pengalaman anda lakukan penambahbaikan refleksi semasa praktikal.


Berikut merupakan soalan yang diberikan oleh penemuduga. Harap anda mampu fikirkan sendiri jawapan dia. 

SEKIAN saja dari saya, diharap serba sedikit dapat membantu anda sekalian. SELAMAT BERJAYA TEMUDUGA, BUAT YANG TERBAIK. 































No comments

Powered by Blogger.