KONSEP PENDIDIKAN


Kamus dewan memberi makna pendidikan sebagai perihal mendidik iaitu memelihara, menjaga, melatih, mengajar, dan sebagainya. Orang-orang yang terdidik dikatakan sebagai orang yang mendapat pendidikan yang sempurna serta berpengetahuan. Pendidikan tidak sahaja tertumpu kepada aktiviti-aktiviti mengajar, yang melibatkan tindakan-tindakan menyampai, tetapi juga menyangkut hal-hal yang berkaitan dengan usaha yang lebih besar yang terarah kepada pembentukan dan pembinaan insan murni yang seimbang dan bertanggungjawab.

Konsep Pendidikan

Kamus Webster mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses mendidik atau mengajar. Mendidik diertikan sebagai satu usaha untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran, tingkah laku dan perwatakan. Jadi boleh diandaikan bahawa pendidikan adalah satu usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran atau kelakuan pelajar.  Pengetahuan pula adalah tubuh maklumat yang wujud selain daripada proses pemikiran manusia yang memperkembangkannya. Pengetahuan timbul dalam minda individu apabila seseorang itu berinteraksi dengan suatu idea atau pengalaman.

Pendapat Tokoh-Tokoh Dunia tentang pendidikan:

Plato:
"Pendidikan ialah latihan yang dihasilkan oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia. Pendidikan adalah yang terawal dalam diri kanak-kanak iaitu apabila keseronokan dan kesakitan dengan betul ditanam dalam jiwa yang bukan rasional. Latihan khas ini ada kaitannya dengan keseronokan dan kesakitan yang boleh menyebabkan anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintai"

Nilon:
" Pendidikan yang lengkap membolehkan seseorang bertindak secara adil dan saksama, mahir serta bertimbang rasa dalam segala bidang, termasuk dalam kedua-dua sektor awam dan swasta atau pada masa damai mahupun perang"

Lodge:
" Pendidikan adalah sama dengan pengalaman, iaitu pengalaman organisme hidup yang berinteraksi dengan persekitaran biasa"

Ducasse:
"Mendidik adalah memimpin keluar atau membawa keluar dan ia berlaku melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi"

Longford:
"Pendidikan adalah suatu aktiviti yang bermatlamat hasil yang praktikal dan ia berbeza daripada aktiviti yang bermatlamatkan hasil yang teorikal"

Sememangnya diakui bahawa konsep yang diberikan olh tokoh-tokoh tersebut mempunyai ciri yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang percaya bahawa tujuan pendidikan terdapat di tengah-tengah tingkah laku pengajaran itu sendiri. 


Maksud Pendidikan Berdasarkan Tujuan dan Fungsi

Tujuan adalah asas proses dan kesudahan yang harus dicapai dan fungsi pula adalah hasil lain yang mungkin berlaku sebagai kesudahan proses secara semula jadi. Contohnya sesetengah guru percaya bahawa penghantaran pengetahuan adalah tujuan utama pendidikan, sementara pemindahan pengetahuan daripada sekolah kepada dunia nyata adalah suatu yang berlaku secara semula jadi sebagai suatu kesan perolehan daripada suatu pengetahuan tertentu. 
     Berikut adalah beberapa tujuan asas pendidikan:
  • Untuk menguasai maklumat tentang sesuatu yang telah belaku pada masa dahulu dan yang terkini. Ini termasuklah disiplin tradisional seperti sesusasteraan, sejarah, sain, matematik dan sebagainya.
  • Untuk meningkatkan keupayaan melalui informasi dan meramal hasil yang mendatang (membuat kesimpulan).
  • Untuk meningkatkan keupayaan minda dan kemahiran fizikal. Contohnya keupayaan motor, prmikiran, komunikasi, sosial dan estetik. 
  • Untuk meningkatkan keupayaan mengenalpasti dan menilai pelbagai sudut pandangan.
  • Untuk membolehkan berlakunya endroktinasi dalam budaya.
  • Untuk membolehkan penyaraan satu kehidupan yang sempurna .
  • Untuk membolehkan terbentuknya warganegara yang baik.
  • Untuk meningkatkan kesedaran terhadap apresiasi budaya, seni, muzik, dan kemanusiaan.
  • Untuk meningkatkan penguasaan dan kejelasan terhadap nilai yang berkaitan dengan persekitaran fizikal.
  • Untuk meningkatkan kesedaran diri termasuk juga kesedaran kebolehan dan matlamat seseorang.
  • Untuk membentuk suatu masyarakat yang sihat atau menggalakkan hubungan formal dalam kalangan pelajar. guru dan lain-lain.
  • Untuk meningkatkan keupayaan mencari penyelesaian altenatif dan menilainya.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan tentang amalan moral dan norma etika yang diterima oleh masyarakat dan budaya.
  • Untuk meningkatkan rasa hormat, memberi dan menerima pengiktiran sebagai umat manusia.
  • Untuk membolehkan tercapainya kehidupan yang diidamkan.
  • Untuk meningkatkan kesempurnaan diri terutama yang berkaitan dengan mental dan kesihatan fizikal. 
  • Untuk membolehkan terbentuknya keupayaan berfikir secara kreatif, analitikal dan kritikal.
  • Untuk meningkatkan kesedaran terhadap perhubungan manusia dan motivasi.
  • Untuk tidak terlalu berfokus kepada kepentingan dari dan keutamaan diri.
















No comments

Powered by Blogger.