TOP 7 HAIWAN TERBESAR DI DUNIA

1. Haiwan Terbesar Yang Pernah: Paus Biru


Paus biru adalah mamalia yang hidup di laut dalam. Panjang paus biru ini boleh mencapai 30 meter dan boleh mencapai 180 tan metrik atau lebih, ia adalah haiwan terbesar yang pernah wujud di masa kini. Lidahnya sahaja mempunyai berat 2.7 tan metrik dan jantungnya juga mencecah berat 600 kg yang dikatakan lebih kurang saiznya dengan gajah Asia.

2. Haiwan Terberat di Darat: Gajah Bush Afrika


Gajah Bush Afrika adalah haiwan yang terbesar dan terberat di darat. Gajah Bush Afrika ini boleh mencapai 6-7.5 meter bagi panjang dan mencapai 3.3 meter bagi ketinggian serta mempunyai berat 6 tan, bagi gajah jantan. Berbeza pula dengan gajah betina kerana mempunyai ukuran yang lebih kecil dibandingkan dengan jantan. Bagi Gajah Bush Afrika betina, panjangnya boleh mencecah 5.4 hingga 6.9 meter dan 2.7 meter bagi ketinggiannya serta mempunyai berat 3 tan.

3. Haiwan Darat Tertinggi di Dunia: Zirafah


Zirafah adalah haiwan tertinggi di dunia yang tinggal di darat. Tingginya boleh mencecah sehingga 5-6 meter. Zirafah mempunyai leher yang panjang melebihi 2 meter iaitu hampir separuh tinggi badannya.

4. Reptilia Terbesar di Dunia: Buaya Air Masin


Buaya air masin (Crocodylus porosus), adalah yang terbesar dari semua reptilia yang hidup. Seekor buaya air masin dewasa boleh mencecah berat 409 hingga 1,000 kilogram panjangnya  dalam 4.1 hingga 5.5 meter.

5. Amphibia Terbesar di Dunia: Salamander Gergasi China


Salamander gergasi China (Andrias davidianus) adalah salamander terbesar di dunia, panjangnya mencapai 180 cm (6 kaki). walaubagaimanpun, salamander gergasi ini dianggap sebagai haiwan terancam kerana kehilangan tempat tinggal, pencemaran dan diburu kerana dianggap sebagai makanan isitimewa dan digunakan sebagai perubatan tradisional di China.

6. Arnab Terbesar di Dunia: The Giant Flemish


The Giant Flemish adalah baka tua yang berasal dari rantau Flemish. Mereka telah dibiakkan seawal abad ke-16 di sekitar bandar Ghent, Belgium. Arnab ini  boleh mencecah berat sehingga 12.7 kg serta lebih besar dengan seekor anjing.

7. Kelawar Tebesar di Dunia : Golden Crowned Flying Fox


Spesies kelawar ini berada di Hutan Hujan Filipina.  Saiz maksimum dipercayai mencapai 1.5 kg (3.3 lb), panjang 55 cm (22 inci), dan lebar sayapnya hampir 1.8 m (5.9 kaki). 



Sumber: NationalGeography

No comments

Powered by Blogger.