KHASIAT SARANG BURUNG WALIT
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung
layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang
sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu
membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta
dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan
halus.Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga
membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan
tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan
lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati
ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin,
sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus
bagus untuk semua peringkat usia. Pengambilan sarang burung dalam jangka
panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif
dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi,
lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi
wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas
berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi
halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih
lebih cepat selepas melahirkan. Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu
boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa
tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia
memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Namun kini, menyedari khasiatnya
dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati
dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua
golongan. Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang
terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih
struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan
selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
Kajian perubatan Cina di Beijing
mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik
untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik
memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada
eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
- Zat kolagen
yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan
pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran
pencernaan.
- Sarang
burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga
adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran
pernafasan.
- Pengambilan
sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada
punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat
proses penyembuhan setelah melahirkan.
- Untuk
wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme,
memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
- Untuk orang
tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
- Untuk
kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi
yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
- Dipilih
sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat
mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan
barah.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/
Leave a Comment