BAHAYA ROKOK
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut
asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan
bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok
basi adalah lebih jika dibandingkan dengan
kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.
Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini
mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami
pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk
mengalami masalah seperti batuk, asma serta
jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang
berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok
basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai
merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran
mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan
hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok -
Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak
anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada
anda.
- Mengenangkan
mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah
mereka, sayangi mereka.
- Berikan
anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan
kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah
meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok
mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan
merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin
menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan
itu nikotin
mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti
sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan
menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
- Hubungan
seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia membantu
anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan
diri anda dari mati pucuk
- Jangan
biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak
bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan
indah yang suci murni. Mati pucuk akan
menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan
keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang
pasangan anda.
Merokok Mengakibatkan Strok
- Bahan kimia
yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.
Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari
kematian di Malaysia.
Strok
(Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
- Kesan
nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
- Dinding
salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah
akan menjadi sukar.
- Strok
disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
- Sebahagian
badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
- Merokok
menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
- Kurangkan
risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan
biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
- Bantulah
diri anda.
- Amalkan
cara hidup sihat.
- Jangan
merokok.
Berhenti Merokok
- Jangan
merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan
aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
- Hidup akan
lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya
dengan cara positif.
- Bergiat
aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50%
dari golongan lelaki di Malaysia merokok.
Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit
bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian
di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait
rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda
- Merokok
menambahkan risiko serangan sakit jantung.
- Kurangkan
risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan
biarkan asap rokok membunuh anda.
- Jauhilah
diri dari asap rokok basi.
- Belajarlah
menyayangi jantung anda.
- Jangan
merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
- 50% dari
golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala
Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun
adalah 5:1.
- Kadar
merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari
pelajar sekolah
berumur 15
tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi
perokok
apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari
asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50%
perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat
Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia
beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh
mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko
penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.
Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan
lelaki dan amat berkait rapat dengan
tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang
untuk sembuh amat kecil sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
- Setiap
sedutan membawa padah.
- Kenapa
harus meracuni diri?
- Jangan
biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
- Selamatkan
diri dari kanser paru-paru.
- Bertindak
bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat
sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda
sedang menderita akibat kanser paru-paru.
Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu
apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan
mata mereka. Kehidupan anda akan hanya
berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok -
Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di
dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan
dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
|
Sumber bahan kimia
|
Metanol
|
Bahan Api
|
Nitrobenzena
|
Gasolin
|
Karbon Monoksida
|
Asap kereta
|
Butana
|
Cecair pemetik api
|
Raksa
|
Logam dalam jangka suhu
|
Vinil Klorida
|
Bahan utama plastik
|
Toulena
|
Pelarut industri
|
Ammonia
|
Pencuci lantai
|
Arsenik
|
Racun tikus
|
Kadmium
|
Bahan utama bateri alkali
|
Stearik
|
Bahan utama dalam lilin
|
Sianida
|
Racun berbisa
|
sumber: infosihat
Leave a Comment