Sistem Pendidikan di Jepun



RAJAH: Perkembangan Sistem Pendidikan di Jepun Dari Sekolah Rendah Hingga Sekolah Menengah.
Sumber : Tokyo ICC


  • Kanak-kanak yang sudah berumur enam tahun sebelum 1 April sudah boleh mula kelas pertama pada tahun tersebut kerana pada tahun berikutnya sudah genap 7 tahun dan di Jepun sekolah bermula pada bulan April dan berakhir pada bulan Mac setiap Tahun.
  •  Di Jepun, 6 tahun sekolah  di peringkat sekolah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah (menengah rendah) adalah wajib. 
  • Selepas tamat pengajian di peringkat sekolah menengah (menengah rendah), pelajar boleh pilih untuk meneruskan pelajaran atau bekerja dan pelajar juga boleh meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah atas dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringat Universitidan kemudiannya bekerja. 
  • Peringkat seklah rendah, sekolah menengah (menengah rendah dan atas), kolej teknologi, kolej junior dan Universiti adalah sekolah kebangsaan di Jepun sama ada Awam mahupun Swasta. 
  • Sekolah Pendidikan Khas juga terdapat di Jepun bagi pelajar yang mempunyai masalah fizikal dan mental. 

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH
  • Disebabkan pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah wajib bagi warga Jepun jadi pelajar yang mula sekolah pada bulan April akan menerima notis pendaftaran sekolah dari pejabat perbandaran di kawasan terdekat pada bulan Januari. 
  • Kebiasaannya kemasukan ke seolah peringkat ini tidak memerlukan peperiksaan.
  • Bagi pelajar yang berumur 16 tahun ke atas yang tinggal di Tokyo, beberapa sekolah menawarkan kelas petang.
  • Kelas ini dibuat kerana untuk memenuhi keperluan bagi mereka yang tidak lulus memasuki Institusi.

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH ATAS, KOLEJ DAN UNIVERSITI
  • Bagi pelajar menengah rendah yang ingin meneruskan pelajaran ke menengah atas perlu kelulusan yang bagus untuk masuk. 
  • Pada peringkat menengah atas ini, tempoh pengajian adalah 3 tahun dan menawarkan banyak program dan khursus serta terdapat beberapa jenis sekolah menengah ini seperti menengah atas akademik am. 
  • Sekolah menengah khusus mensasarkan pekerjaan tertentu seperti sekolah pertanian, sekolah perindustrian dan sekolah komersial.
  • Kolej Teknologi pula menawarkan program selama lima tahun pengajian bagi pelajar yang minat berkaitan dengan kemahiran-kemahiran teknologi. Bidang-bidang teknologi tersebut seperti teknologi industri, kejuruteraan elektronik, sistem maklumat dan penerbangan serta banyak lagi. Graduan kolej teknologi ini boleh terus bekerja atau meneruskan pengajian ke peringkat Universiti. 
  • Pada peringkat Universiti pula tempoh pengajian adalah selama 4 tahun bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dan Jika ingin meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana tempoh pengajiannya adalah 2 tahun. 

KESIMPULAN
Jika di hitung tempoh pengajian di Jepun dari peringkat sekolah rendah hingga Ijazah Sarjana (Master) lebih kurang 23 tahun atau pada umur 27 tahun. Lama-lama juga la sekolah.

Sumber: Tokyo International Communication Commitee


No comments

Powered by Blogger.