Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)


Sejarah SPP
SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Visi, Misi dan Objektif
VISI
Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan
MISI
Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif
OBJEKTIF
Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif
Fungsi
Melantik
 Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
Mengesahkan
 Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
Memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen
 Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam
 perkhidmatan.
Menaikkan Pangkat
 Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Menukarkan
 Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
Menjalankan kawalan tatatertib
 Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan 
pelajaran.
Suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :


Dasar Kualiti
Dasar Kualiti : SPP Adalah Komited Terhadap Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan Bagi Mencapai Harapan Pelanggan
Slogan Q: Dinamik, Efektif dan Berintegriti

Kod Etika :
T - Tegas, Adil dan Profesional
E - Efisyen dan Efektif
K - Keikhlasan dan Kesyukuran
A - Amanah dan Akauntabiliti
D - Dinamik dan Berdisiplin


Akta (Undang-Undang)
Pelaksanaan fungsi-fungsi SPP adalah merujuk kepada undang-undang dan peraturan berikut:
  • Seksyen 141A, 142, 143, 144, 146 Perlembagaan Persekutuan
  • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Akta 393) (Pindaan Jadual 2007)
  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U. (A) 1/2012)
  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U. (A) 395/1993)
  • Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1994 (P.U. (A) 458/1994)
  • Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2006 (P.U. (A) 127/2006)
  • Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2007 (P.U. (A) 189/2007)
  • Kaedah-kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pindaan) 2009 (P.U. (A) 321/2009)

sumber: https://www.spp.gov.my


No comments

Powered by Blogger.