Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makro Pengajaran


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Makro Pengajaran  1


Tarikh:
13.05.2016 (Jumaat)
Kelas:
1 Perdana Menteri
Hasil Pembelajaran:
a) Menyatakan dua (2) jenis graf.
b) Membina graf bar mudah dan garisan berdasarkan jadual.
ABM / Bahan sumber yang digunakan:
Gambar, kertas A4 dan kertas mahjung.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini:
Strategi pengajaran yang digunakan pada pengajaran dan pembelajaran pada set induksi adalah bertanya berapa jumlah orang yang dikelas suka warna merah, biru, hitam dan hijau. Selepas itu berdasarkan data yang didapati, guru melukis graf bar mudah berdasarkan data yang didapati dikelas. Setelah itu, guru bertanya kepada pelajar apa graf yang dilukis dan menyatakan tajuk pengajaran iaitu graf. Pada langkah pertama guru mengajar cara-cara melukis graf bar mudah dengan cara mengikut langkah. Terdapat 4 langkah iaitu langkah pertama menulis tajuk, langkah dua melukis paksi x dan y, ketiga memasukkan data dan keempat adalah menilis petunjuk. Setelah itu, pada langkah kedua guru menunjukkan cara melukis graf garis.melukis graf garis juga terdapat empat langkah seperti graf bar mudah iaitu menulis tajuk, paksi x dan y, petunjuk dan memasukkan data. Pada langkah ketiga, guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan melukis graf di atas kertas kajane berdasarkan data yang diberikan oleh guru dan membentangkan ke hadapan hasil kerja kumpulan. Bagi penutup pula guru meminta dua orang wakil pelajar bagi merumuskan pengajaran dan kemudian guru merumuskan pengaran secara keseluruhan.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Hasil pembelajaran yang saya nyatakan adalah tercapai. Ini kerana semasa dalam kerja kumpulan saya meminta pelajar untuk melukis graf berdasarkan soalan yang diberikan dan pelajar dapat mebuat graf tersebut dengan mengikut langkah yang saya tunjukkan serta semua graf yang dibuat oleh pelajar juga betul. Seterusnya, sebelum akhir pembelajaran saya meminta pelajar untuk merumuskan pengajaran dan pembelajar dan ternyata pelajar mampu menyatakan dua jinis graf iaitu graf bar mudah dan graf garis serta langkah-langkah untuk melukis graf.
Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif / aktif? Kalau ya – bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?
Pada permulaannya pelajar mampu melibatkan diri dengan aktif kerana saya memasukkan sedikit unsur kecindanan dalam pengajaran. Tetapi masuk pada langkah satu dan langkah dua, dapat dilihat disitu bahawa pelajar suda mula rasa bosan dan mengantuk. Ini disebabkan pelajar kurang memahami buat graf dan cara saya mengajar juga sangat membosankan. Ini kerana saya tidak dapat mengawal keseluruhan kelas dan tiada unsur kecindanan yang membuat pelajar rasa malas dalam pengajaran. Pada langkah peneguhan pula pelajar dapat melibatkan diri dengan produktif kerana pelajar mampu melukis graf dengan tepat dan membentangkan dengan bagus. Pada akhirnya, pelajar melibatkan diri dengan baik.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
Tidak ada perubahan pada rancangan pengajaran saya kerana sebelum mengajar saya telah membuat persediaan terlebih dahulu mengikut rancangan pengajaran yang telah disediakan.
Apakah bantuan tambahan, sokongan dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
Sumber tambahan juga ada digunakan selain daripada buku teks tingkatan 1 bagi mendapatkan huraian yang lebih lengkap iaitu menggunakan buku-buku geografi yang telah dibeli ketika belajar subjek tersebut dan mencari sumber di internet bagi memperkuatkan lagi huraian dan isi pengajaran. Perkara ini dilakukan kerana huraian di dalam buku teks tersebut tidak merangkumi huraian keseluruhan atau lengkap dan juga tidak mengandungi maklumat semasa. Selain itu, pengalaman sedia ada guru juga dapat mempertingkatkan pelajaran dan kelihatan lebih menarik perhatian pelajar.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa
Jika diberi peluang, semestinya saya akan mengubah cara pengajaran dengan lebih efektif sebab pengajaran guru yang menarik sememangnya mampu membantu pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran dan pelajar dapat menyertai secara keseluruhan dalam kelas. Pengubahsuaian yang saya lakukan adalah menerangkan dengan lebih terperinci kepada pelajar dengan memberikan contoh yang mudah difahami dan kaitkan sedikit dengan cerita pengalaman guru. Komunikasi dua hala juga saya akan gunakan dimana guru bertanya kepada pelajar dan mengalakkan pelajar untuk bertanya kepada guru dan menjelaskan pertanyaan tersebut dengan jelas. Saya juga akan melakukan aktiviti yang membolehkan pelajar berfikir dengan baik dimana mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Teori pendekatan yang digunakan adalah teori pendekatan deduktif  iaitu diawali dari pembentukan teori, hipotesis, definisi, instrumen dan operasionalisasi. Dengan kata cara ini, pelajar dapat memahami isi kandungan pengajaran dengan lebih teratur dan mudah mengikuti pengajaran. Selain itu, saya juga mengunakan teori pengajaran masteri iaitu pengajaran yang memastikan pelajar dapat faham semua isi kandungan pengajaran dan baru ke tajuk pengajaran yang lainnya. Ini kerana, semua topik dalam pengajaran adalah saling berkaitan dan ada baiknya pelajar menguasai isi kandungan pelajaran baru ke tajuk yang lain.


No comments

Powered by Blogger.