Contoh Penulisan RPH Geeografi Tingkatan 4


Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) 1

Mata Pelajaran               : Geografi
Tarikh/Hari                    : 04.10.2016 (Selasa)
Masa                              : 10.00 – 10.45 am  (45 minit)
Tingkatan                       : 4 Alpha Bestari
Bilangan Pelajar             : 28 orang
Tajuk/Tema                   : Cuaca dan Iklim Serta Pengaruhnya.
Sub-Tajuk                       : Pergerakan bumi dan kesan-kesannya.
Hasil Pembelajaran           : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, diharap pelajar akan dapat:
1.      Menjelaskan maksud putaran dan peredaran bumi dalam sistem suria.
2.      Menyenaraikan 4 (kesemua) kesan pergerakan bumi dalam sistem suria.
Pengetahuan Sedia ada : Pelajar serba sedikit mengetahui kesan pergerakan bumi dalam                                                                                           sistem suria.
Strategi                           : Berpusatkan pelajar dan berpusatkan guru.
Pendekatan                        : Masteri dan deduktif.
Kaedah                              : Cerita, perbincangan, soalan, pembentangan,  dan kerja kumpulan.   
Teori Kecerdasan Pelbagai
(TKP)                              : Intrapersonal, visual ruang, dan verbal linguistik.
Bahan Bantu Mengajar    : Slide power point dan manila kad.
Nilai murni                       :Tekun, teliti, rasional, yakin, bekerjasama, disiplin, berterima kasih 
                                        dan amanah.
KBKK                             : Menerangkan, menjelaskan, menyelesaikan masalah dan merumus.




PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah /
Masa
Isi
Pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Strategi /Kaedah /
BBM / Nilai /
KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan
- Gerhana bulan
1.Guru bertanyakan
pelajar mengenai
kehadiran pelajar hari ini.
2. Guru bercerita pengalamannya tentang surut yang besar dan gerhana bulan.
3. Guru menyatakan tajuk pelajaran hari ini.
1.Ketua kelas mengatakan siapa yang tidak hadir kepada guru.
2. Pelajar mendengar cerita guru dengan tekun.
3. Pelajar bersedia untuk belajar.
Strategi:
·         Berpusatkan guru.
Kaedah: .
·         Penceritaan
Nilai:
·         Tekun
Langkah 1
(10 minit)
Putaran bumi

1.Konsep putaran
- Bumi berputar secara condong kepada 68 ½ pada paksinya dan  satu putaran bumi lengkap adalah 24 jam
2.Kejadian siang dan malam
3.Kejadian pasang surut

1.Guru mengunakan slide power point dalam pengajaran.
2.Guru menayangkan dan menerangkan gambar bumi yang pada paksinya mengajur dari kutub utara ke kutub selatan.
3. Menerangkan slide kesan putaran bumi iaitu kejadian siang dan malam dan kejadian pasang surut kepada pelajar.
4. Menyanya pelajar sekirangya tidak faham. 
.
1. Pelajar mula fokus  dalam pembelajaran .
2 Pelajar mendengar dengan teliti apa yang diajar dan diterangkan oleh guru.
3.Pelajar membuat sedikit penulisan nota yang diajar oleh guru.
4.Pelajar bertanya kepada guru apa yang tidak faham berkaitan dengan topic pembelajaran.
5. Pelajar membuat sedikit nota tentang apa yang telah diterangkan oleh guru. 
Strategik:
·         Berpusatkan guru.
.
TKP:
·         Visual ruang
BBM:
·         Slide powerpoint
·         gambar
Pendekatan:
·         deduktif
Kaedah:
·         soalan
·         cerita
Nilai:
·         teliti
·         rasional

KBKK:
·         menerangkan
Langkah 2
(10 minit)
Peredaran bumi
1.Konsep
- Peredaran bumi dansatu peredaran lengkap bumi  mengelilingi matahari adalah 365     ¼ hari sama dengan setahun.

2.Kejadian empat musim


3. Gerhana bulan

1. Mengajar mengunakan slide power point.
2. Guru menerangkan kepada pelajar maksud peredaran bumi.
3. Guru menjelaskan kejadian empat musim dan  menerangkan kejadian empat musim kepada pelajar dengan menayangkan gambar.
4. Guru menjelaskan kepada pelajar gambar kejadian empat musim dan memberikan contoh Negara..
5. Guru menerangkan kesan peredaran bumi mengelilingi matahari yang kedua iaitu Gerhana Bulan.
6. Guru menyoal pelajar sekiranya ada yang tidak faham.
1. Pelajar memerhati slide dengan teliti.
2. Pelajar mendengar dengan betul apa yang diterangkan oleh guru sambil memerhatikan slide pengajaran.
3. Pelajar membuat nota ringkas berdasarkan slide dan penerangan guru.
5. Pelajar bertanya kepada guru tentang apa yang tidak faham. 
Strategik:
·         Berpusatkan guru.
TKP:
·         Visual ruang
BBM:
·         Slide power point.
·         Gambar.

Pendekatan:
·         Masteri


Kaedah:
·         Soalan
·         Perbincangan

Nilai:
·         Rasional
·         Teliti

KBKK:
·         Menerangkan
·         Menjelaskan
Langkah 3
(10 minit)
Latihan

Peneguhan

Kerja kumpulan
- Empat kumpulan.
- Semua kumpulan membentang dalam masa dua minit.
1. Guru menyuruh pelajar membagikan kepada empat kumpulan iaitu 7 orang satu kumpulan.
2. Kumpulan pertama buat putaran bumi iaitu kejadian siang dan malam.
3. Kumpulan kedua buat putaran bumi kejadian pasang surut.
4. Kumpulan ketiga buat peredaran bumi kejadian empat musim.
5. Kumpulan keempat buat gerhana bulan.
6. Guru memberi kertas manila kad dan marker pen dan menyuruh pelajar buat dalam masa dua minit.
7. Selepas dua minit guru menyuruh pelajar membentangkan hasil kerja di depan.
8.Guru menyuruh kumpulan lain membuat soalan  sekirannya ada.
1.Semua pelajar membuat kumpulan dalam keadaan yang senyap.
2. Dalam setiap kumpulan mempunyai 7 orang.
3. Ketua kumpulan mengambil kertas manila kad dan marker pen.
4. Setiap kumpulan mempunyai tajuk masing- masing.
5. Dalam masa dua minit pelajar menyiapkan kerja dalam kertas manila kad.
6. Pelajar membentangkan hasil kerja mereka di depan kelas dalam masa dua minit.
7. Pelajar bertanya kepada kumpulan yang membentang apa yang mereka tidak faham.
8. Pelajar menyimpan manila kad dan memberikan pen marker kembali kepada guru.
Strategik:
·         Berasaskan murid.

TKP:
·         Intrapersonal.
·         Verbal linguistik.
BBM:
·         Manila kad

Kaedah:
·         Perbincangan
·         Kerja kumpulan.
·         Pembentangan.
·         Soalan.
Nilai:
·         Kerjasama
·         Berdisiplin
KBKK:
·         Menyelesaikan masalah
Penutup
(5minit)
Refleksi

- Bagi mengukur tahap kefahaman pelajar dan pencapaian  hasil pembelajaran.
1. Guru meminta seorang pelajar lelaki membuat kesimpulan pelajaran.
2. Guru meminta seorang pelajar perempuan membuat kesimpulan pelajaran,
3. Guru memberi pelajar kerja rumah iaitu membuat perbezaan putaran dan peredaran bumi.
4. Guru meminta pelajar membaca tajuk unsur-unsur cuaca dan iklim untuk pelajaran minggu akan datang.
5. Guru berterima kasih kepada pelajar.
1. Seorang wakil pelajar lelaki dan pelajar perempuan berdiri dan memberi kesimpulan.
2. Pelajar menulis kerja rumah yang diberikan.
3. Pelajar mendengar apa yang disampaikan oleh guru.
4. Pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru.
Strategik:
·         Berasaskan guru.


TKP:
·         intrapersonal

Nilai:
·         berterima kasih
·         amanah

KBKK:
·         membuat kesimpulan. 




No comments

Powered by Blogger.