Sistem Pendidikan di Finland



Sumber Rajah: Buku Bukan Salah Cikgu, Semua Salah Cikgu

Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak 

Berdasarkan kepada gambar rajah, dapat dilihat bahawa sistem pendidikan di Finland bermula pada peringkat bayi lagi. Kalau di Negara Finland selepas sahaja ibu disahkan mengandung atau hamil, ibu tersebut akan mendapat penjagaan percuma dari Neuvola (klinik materniti dan kanak-kanak). Sepanjang ibu mengandung selama 9 bulan semua rawatan yang diterima adalah percuma dan ibubapa bagi bayi tersebut juga diberikan buku-buku, diari dan pamplet-pamplet infomasi bagi memberikan maklumat yang penting bagi penjagaan dan kesihatan ibu selama mengandung. Selepas sahaja ibu melahirkan bayi, kerajaan akan memberikan keluarga tersebut barangan keperluan bayi seperti katil tidur, pakaian dan sebagainya bagi mengelakkan adanya pembaziran yang berlaku bagi membeli keperluan bayi. 
     Ibu juga diberikan cuti selama setahun selepas sahaja bayi dilahirkan sebagai cuti bersalin. Bapa juga boleh memohan cuti selama 6 bulan bagi menjaga bayi tersebut bergilir dengan ibu yang bercuti selama 6 bulan. Selepas anak berumur 1 tahun, ibubapa boleh memilih sama ada anak akan di hantar di Taska atau dalam jagaan mereka sehingga umur 5 tahun. Sekiranya ibubapa memilih untuk menjaga anak mereka sehingga umur 5 tahun, ibubapa akan diberikan elaun penjagaan anak. Jika ibubapa menghantar anak ke Taska, semua tanggungan adalah percuma dan pihak Taska juga memberikan semua kelengkapan dan makanan. 


Pendidikan Pra-Sekolah

Anak-anak yang berumur 6 tahun wajib di hantar ke sekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak diberikan pendedahan mengenai konsep persekolahan dan pendidikan. Ibubapa juga wajib berbincang dengan guru mengenai pelan pembelajaran anak mereka seperti minat dan kecendurungan dalam pembelajaran. Pihak prasekolah juga membuat draf kurikulum berdasarkan objektif pendidikan negara dan disesuaikan apa yang dibincangkan oleh ibubapa. 
     Biasanya, draf pembelajaran yang dibuat bagi mengalakkan potensi setiap kanak-kanak dan pembelajaran secara aktif. Di peringkat prasekolah in perhubungan sosial sangat di utamakan melalui pelajaran asas dan pandangan hidup positif. Ia dirangka secara spesifik berdasarkan tahap ilmu, kebolehan dan pengalaman setiap kanak-kanak itu sendiri. Setiap aktiviti yang dilakukan di prasekolah adalah berdasarkan apa yang diinginkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan hanya dibantu dan kemudian diselia oleh guru. Peringkat prasekolah ini, literasi bukanlah sesuatu yang diberikan perhatian jadi kebanyakan kanak-kanak belum pandai membaca selepas masuk sekolah asas.  Kanak-kanak prasekolah juga dibiarkan menjadi kanak-kanak dimana mereka belajar berinteraksi antara satu dengan lain, belajar melompat, menyayi, bercerita, melukis, menonton video dan belajar disiplin dari mengemas tempat makan, ruangan belajar dan kelas. 
     Jika ada kanak-kanak yang bergaduh, kedua-dua akan dibawa berbincang oleh guru seperti orang dewasa mengapa mereka bergaduh dan ditanya mengapa mereka tidak patut bergaduh. Penyelesaiannya juga akan diselesaikan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukan dari cikgu. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak mahu menyertai apa-apa aktiviti maka mereka dibenarkan duduk di teoi dan tidak membuat apa-apa aktiviti. Sistem prasekolah di Finland berteraskan modal insan dan diterapkan dalam perkara yang dilakukan setiap hari. 


Pendidikan Asas

Pendidikan asas ini wajib bagi pelajar yang yang berumur 7 hingga 16 tahun selepas tamat presekolah. National Framewok adalah yang bertanggungjawab dalam menetapkan kurikulum teras dan jumlah jam bagi setiap jam subjek teras. Sekolah-sekolah pula bertanggungjawab menyediakan dan membangunkan sendiri kurikulum yang selari dengan saranan Majlis Perbandaran. Ibubapa juga bertanggungjawab membincangkan kurikulum sekolah dengan Majlis Perbandaran dan pelajar-pelajar juga boleh memberikan pandangan apa yang mereka mahu ada di sekolah. Pandangan dan idea yang pelajar sarankan ini akan dibuat oleh Majlis Perbandaran itu sendiri  bagi memenuhi keinginan pelajar. contohnya membina lebih banyak taman, menyediakan ruang rehat, menambahkan peruntukan untuk permainan indoor dan kelab-kelab belia di sekeliling kota. Pelajar juga diberikan peluang untuk belajar sambil bekerja bagi mendapatkan pengalaman dalam bidang yang mereka minat dan untuk mendapatkan sedikit duit tambahan.
     Pendidikan asas ini juga menekankan kerjasama antara subjek dimana membuat suatu projek yang boleh mengabungkan subjek-subjek seperti Sains, Matematik, Bahasa Finnish, Bahasa Inggeris. Geografi, Seni dan Kraftangan dan Sejarah dalam satu Projek. Di sekolah juga amat mementingkan masa rehat iaitu dalam 45 minit belajar, guru-guru dan pelajar diberi rehat selama 15 minit. Dalam masa 15 minit tersebut, pelajar-pelajar boleh bergaul dengan pelajar kelas lain dan boleh bermain seperti bermain ping pong, foosball dan board games (permainan indoor). Jika ada pelajar yang tidak mahu bermain dan bergaul mereka boleh berehat di ruang senyap.
     Pada waktu rehat pula, pelajar akan pergi ke kantin sekolah dengan beratur untuk makan. Makanan yang disedikan adalah makanan yang sangat berkhasiat dan seimbang serta membantu pelajar untuk mengekalkan tenaga. Semua makanan yang disediakan adalah percuma jadi tiada pelajar yang terkecuali dan berlapar kerana tidak makan.
     Pendidikan asas juga adalah jaminan pendidikan dan tidak menekankan untuk menyediakan pelajar ke arah pekerjaan pada peringkat ini. Tujuan pendidikan asas ini adalah untuk membangunkan masyarakat yang mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari ilmu (transformasi), bukan hanya semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar (direct-transmission). Nilai-nilai seperti tanggungjawab, kemasyarakatan, rasa hormat kepada hak dan kebebasan individu adalah yang peru diterapkan dalam pendidikan asas ini.


Peringkat Tertiar

Pada peringkat ini bermula selepas tamat pendidikan asas dan terbahagi kepada dua aliran iaitu  yang pertama adalah matrikulasi seterusnya ke peringkat universiti bagi mereka yang bercita-cita seperti guru, doktor, jurutera atau saintis dan yang kedua adalah Politeknik bagi mereka yang berminat mendapatkan kemahiran dalam pelbagai bidang, teknologi, perniagaan dan sebagainya. Universiti dan politeknik adalah sama taraf cuma cara pengajarannya yang berbeza.
     Selepas sahaja tamat pendidikan Am yang berminat menjadi guru, doktor, jurutera atau saintis boleh mengambil matrikulas selama 3 tahun dan yang berminat dalam bidang kemahiran dan perniagaan boleh masuk ke politeknik selama 3 tahun juga. Apabila tamat matrikulasi dan politeknik pelajar boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti bagi pelajar matrikulasi dan di Politeknik bagi pelajar politeknik.
     Tempoh pengajian untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda ini adalah 3tahun dan selepas tamat pengajian boleh terus sambung di peringkat Ijazah Sarjana (Master). Mereka juga bolh tukar aliran jika mahu. Cuma bagi yang ambil Ijazah Sarjana Muda untuk Politeknik perlu mempunyai pengalama kerja lebih kurang 3 tahun untuk meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.
     Pelajar Universiti dan Politeknik ini tidak perlu risau pasal wang kerana mereka diberikan elaun bulanan untuk keperluan belajar dan makanan yang dijual di cafe Universiti juga adalah sangat murah dan mampu mabi seorang pelajar Universiti. Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan  Ijazah Sarjana (Master) juga difahamkan tidak ada majlis graduasi seperti konvokesyen jadi tidak membazir sangat duit. Cuma terdapat majlis minum petang bagi graduan yang tamat pengajian di peringkat PhD bagi majlis graduasi. Jadi majoriti rakyat Finland mempunyai pendidikan Ijazah Sarjana.


KESIMPULAN

     Pengajian di negara Finland ini adalah PERCUMA bagi semua rakyatnya bermula di peringkat awal iaitu bermula dari umur 1 tahun sehinggalah di peringkat PhD. Jadi rakyat tidak perlu risau berkaitan dengan pendidikan kerana semuanya dalam tanggungan kerajaan dan PERCUMA 100%.


Sumber : Azmira Amran (2006), Bukan Salah Cikgu Semua Salah Cikgu, Kopi Cetak Sdn Bhd.
     












No comments

Powered by Blogger.