7 AKTIVITI YANG BOLEH DIGUNAKAN SEMASA PDPC
1. Radio
Ajaib
Objektif:
Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan:
Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara
bermain: Berkumpulan Langkah:
1.
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.
Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3.
Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4.
Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.
Nota: Anda boleh
mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada sukar
seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah
dan diakhiri dengan perbualan.
2. Membentuk
Perkataan
Objektif:
Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara
bermain: Berkumpulan
Langkah:
1.
Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan
ejaannya.
2.Mereka
dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3.
Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.
Nota: Cara yang
sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam permainan ini
anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk disusun
membentuk ayat yang betul. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar,
anda boleh memperuntukkan masa yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini
juga boleh menambahkan lagi tarikan dan keseronokan pelajar.
3. Permainan
Teka Lukisan/Lakaran
Objektif
: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik Bahan: Kertas
dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan
Langkah:
1.
Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2.
Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek
yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu
dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau
lakaran.
3.
Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4.
Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.
4. Permainan
Telefon Rosak
Objektif:
Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya
kepada rakan dengan tepat.
Bahan:
Kad yang mengandungi ayat tertentu. Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1.
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai bilangan ahli yang sama.
2.
Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3.
Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5.
Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada
orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.
6.
Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut. 7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.
5. Permainan
Kotak Beracun
Objektif:
Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan: Kotak,
radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara
bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2.
Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah
seterusnya.
3.
Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4.
Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas
yang mengandungi soalan (denda), pelajar
dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5.
Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6.
Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7.
Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan
yang terdapat pada lipatan kertas
yang terdapat di dalam kotak
tersebut.
6. Permainan
Fikir dan Nyatakan
Objektif:
Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan:
Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara
bermain: Kumpulan
Langkah:
1.
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli
yang sama.
2.
Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka.
Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___
___ ___ (����������������)
3.
Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang
perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan
yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru
akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti
badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi
setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.
4.
Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota: Anda boleh menjalankan permainan ini secara
berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan.
7. Permainan
Teka Lakonan
Objektif:
Melatih
pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik Bahan: Kertas arahan
(sampul) Cara bermain: Kelas/berkumpulan.
Langkah:
1.
Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2.
Anda perlu membuat satu lakonan.
3.
Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4.
Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5.
Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6.
Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan
kumpulan.Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil
kumpulan lain.
7.
Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.
Leave a Comment